Tuesday, January 15, 2013

Have A Wonderful Day






Selamat pagi. Semoga hari ini anda semua ceria-ceria dan penuh keberkatan. 
Dah breakfast? Brunch? 
Aku brunch jer kot...Dah terlambat ni.

Tu alas pinggan tapi aku dah jadikan sebagai hiasan atas meja ni. Hahaha konon-konon menceriakan lahh..
Makan maggi goreng ja sebab hari ni ibu Azim malas masak. Nampak sangat pemalas kan, minum air pun air suam ja. Kadang-kadang buntu jugak fikir menu nak masak hari-hari. Untuk Azim kalau malas sangat aku masak jer chicken grill dgn potato. Tambahan brown sauce untuk ayah dia. Resepi kalau rajin nanti aku buat entry lain. Memang mudah sangat menu tu. 

Pagi-pagi bangun macam biasa ada drama dengan budak kecik tu bila nak kejut bangun tido. Tapi sebelum mandi ja..Bila dah mandi dia akan berubah 100% menjadi seorang yang ceria. 

Tengok buat muka manja. Terus ibu dengan ayah cair. Dah terlupa dah adegan 10 minit tadi. Macam biasa ibu sattlekan kemas dapur. Ayah siapkan Azim dan makan sama-sama. Ibu tengok saja sebab tak dak selera lagi. Lepas ayah pegi keja, ibu pulak siap-siap. Azim buat aktiviti bebas. Selalunya semua barang-barang ayah dah masukkan ke dalam kereta siap-siap. 

Ibu..tangkap ambaq dulu.. Adoiilah anak kesayangan oii...Ibu nak cepat, ko siap nak bergambaq. 
Entry pasal Azim dah masuk sekolah pun belum buat lagi. Nanti aku cuba cari masa lapang sikit. 

Dalam kereta kitaorang berdua bernyanyi bagai. Sempatlah 2 lagu kanak-kanak sebab rumah dengan sekolah tu 5 minit pun tak sampai. 

Masa nak turun kereta mesti tanya Azim..

Azim anak yang ... Soleh (Azim jawab)
Azim budak yang ...Bijak (Azim jawab lagi)
Azim anak yang ...Baik (ibu tersenyum...ibu pun sentiasa doakan Azim macam tu setiap hari)
Aminnnn...

Ok...Azim good boy.
Ibu nak eluk...
Ok...
Ibu p lek lok tau... (alolooo..touching ibu tau sayang). Nanti ayah ambik Azim. 
Ok. Nanti kat school tulis rajin-rajin dengan ticer ya. Baca buku dengan ticer rajin-rajin. Nanti malam kita tulis sama-sama ya. Main dengan kawan elok-elok tau.
Ok ibu. A' itum (Assalamualaikum)


Indah perasaan menjadi ibu. 
Walaupun banyak kerja yang kena buat hari-hari penat tu kadang-kadang tak terasa.
Kalau stress pasal keja atau study balik sembang-sembang dan peluk-peluk Azim mesti dah rasa lega sikit.
Ayah Azim? Of cause la sebab tu sumber kekuatan kami berdua. 

Semoga hari-hari kita semua sama-sama ceria dan indah-indah. 
Ok..bye jumpa lagi..
Nak p membaca apa yang patut sebab weekend ni ada bengkel
apa pun tak prepare lagi terutamanya apa yg aku nak present 
tentang milestone dan progress aku ni.
Aku dah nak kena siapkan diri untuk proposal defend 
Doakan aku yer kawan-kawan...
Sayang korang semua. 






3 comments:

el said...

alololo comey je dia jwb hehehe
el x bfast lagi lah ell..lapaq gilos ni...

nak tau x..anak bujang el tu 6 taun..lau nak bg dia semangat nk pi skul..kena temankan dia mandi hahahahah...pas2 mmg semangat n ceria nak p skolah...

dia lak bebel mama ni lambat lah..t cikgu marah dtg lmbt..ayoyooyoyoy kita lak kena hehe

mi said...
This comment has been removed by the author.
mi said...

nice blog. Btw, please follow me back :)
http://www.belogmimi.blogspot.com