Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Pasti Dirindui. Selamat Hari Raya

Salam semua.
Dah lama tak menulis di sini. Kekok dan tak tau nak tulis apa. Risau pulak kang tetiba blog ni jadi blog serius. Setahun ni banyak sangat perkara yang terjadi dan banyak sangat kerja. Memang cukup mencabar. Banyak pengalaman baru juga yang dapat dikumpul. 
Alhamdulillah juga semua perkara masih under control. Tapi perkara yang aku tak berapa gemar adalah terlalu kerap perlu outstation untuk sertai bengkel. Dah jadi mak-mak ni banyak kot perkara yang nak fikir kalau nak tinggal family. Kalau tempat workshop tu dekat memang aku balik rumah jer tak der makna nak tidur hotel bagai. Tidur rumah dengan family lebih best lagi. Tapi kalau jauh aku angkut azim sekali, kalau ayah dia ada keja tak dapat ikut alamatnya aku angkut mak aku pulak. Macam ni lah life aku sekarang. Aku ada setahun lagi untuk hidup dalam kelam kabut macam ni. InsyaAllah semoga aku dapat selesaikan study aku tahun depan. Patutlah orang cakap buat master full research ni dah macam buat PhD. Itulah yang aku rasai sekarang. Dalam masa 8 bulan ni. Banyak sangat kerja yang aku telah buat dan selesaikan. Pengalaman yang paling berharga sepanjang 8 bulan ini ialah ada dapat buat 2 penulisan (insyaAllah akan dipublishkan) dan lepas raya akan present paper kat International Conference di Bandar Seri Begawan (pstt..chek tak berani lagi kalau nak pilih p conference kat negara mat salleh. takut pulak nak present in English di depan mat dan minah salleh. tu maknanya self confident lemah lg tu kan). 
Berbalik pada tajuk entry aku tu. Alhamdulillah kali ni paling banyak aku dapat peluang mengerjakan sembahyang terawih. Alhamdulillah. Azim pun dah boleh bawa sekali, lebih mudahkan. Seronok sangat rasanya bila ke surau bersama-sama. Dah hujung-hujung ni hati mula rasa rindunya lepas ni bila ramadhan dah berlalu. Setiap hari aku rasa kemeriahan sepanjang ramadhan ini. Siang dan malam kawasan rumah aku ni meriah saja walaupun tak banyak bunyi mercun di sana sini. 
Mungkin meriah sebab setiap hari mak bekalkan makanan untuk kami berbuka kot hahahahaha. Baik sungguh anak mak ni kan. Tapi aku cukup rasa serba salah bila setiap hari mak bekalkan makanan untuk kami. Rasa macam menyusahkan pulak. Bila hujung minggu ja aku mesti awal-awal dah call mak bagitau mak tak payah masak hari ni sebab orang ni dah masak sekian sekian. Pastu hujung minggu seboleh cuba untuk berbuka dengan mak dan ayah. Terima kasih mak sebab kesiankan kat anak mak ni yang macam tak cukup kaki tangan ni. Memang mencabar bila belajar masa anak nak tengah membesar ni rupanya.  
Persiapan raya tak der apa sangat. Pertama baju tak perlu fikir sebab bulan 5 dan 6 sepupu dan adik aku kenduri kawin jadinya dah banyak sangat baju buat. Maklumlah nak sedondon punya pasal so raya ni kita pakai balik. So boleh jimat dan tidak membazir. Kedua aku dah cakap awal-awal aku tak buat kuih raya tahun ni (kuikuikui...student la katakan..alasanmu jer :P). Kebetulan aku jumpa port yang provide kuih raya sedap dan murah. Murah kau, harga? Mana boleh cakap, dah plan lepas ni nak jual kuih raya pulak. Jadi duit raya boleh sediakan lebih sikit. Alhamdulillah rezeki kita share sorang sikit yer. 

Tak kisah apa jua acara. Kanak-kanak lah yang paling gembira

Ada lagi yang best. Azim dah belajar berpuasa dan sembahyang terawih. Azim juga dah pandai cakap pasal raya. Dah pandai juga minta baju dan kasut raya. Hehehehehe....Sangat bersyukur dengan segala nikmat rezeki dan kebahagian yang dinikmati sekarang semoga terus berkekalan kurniaanMu ini. 
Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya untuk korang semua (hihihihi...awal tak aku ucap selamat hari raya). Aku juga doakan ramadhan kali ini kita lebih mendapat keberkatannya. 


Selamat Hari Raya dari kami seisi keluarga. Mohon maaf zahir dan batin andai ada silap dan salah serta keterlanjuran. 



2 comments:

tenku butang said...

done follow sini no. 910
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/