Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012







Dulu aku tertanya-tanya juga apa itu earth hour. Dalam tahun 2008 baru aku tahu rupanya Earth Hour tu bermaksud negara-negara yang menyertai dan menyokong kempen ini akan menutup segala lampu atau lebih dekat lagi semua bekalan elektrik akan di padamkan pada jam 8.30malam hingga 9.30 malam pada salah satu hari di dalam bulan Mac.

Untuk tahun ni Earth Hour pada 31hb Mac 2012, bermula pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.


earth hour


earth hour
KLCC juga menyertai Earth Hour pada setiap tahun

earth hour
Suasana Bandaraya KL semasa Earth Hour 2011




Dalam kita menyertai kempen Earth Hour ni biarla berpada-pada. Aku tengok disesetengah tempat pelbagai sambutan berlebihan di adakan pada malam earth hour.

Ada juga aku terbaca pendapat menyatakan Earth Hour ni satu konspirasi. Itu aku tak pasti sebab baru terbaca satu dua artikel berkaitan hal ni. Mungkin ahli akademik atau majlis fatwa boleh memberi pandangan mengenai kempen ini. Semasa sambutan kempen earth hour banyak lilin akan digunakan. Ada berpendapat lilin yang diperbuat dari hydrocarbon yang lebih menyumbang kepada greenhouse gas dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik. Untuk pendapat ni aku No Comment sebab tak arif sangat. Mungkin kita boleh menganggap earth hour ni sebagai satu kempen untuk menjimatkan elektrik dan mengurangkan faktor pemanasan global (ada juga pendapat yang menyatakan global warming ni satu konspirasi). Ada juga yang berpendapat bukan disebabkan oleh manusia secara jelas tetapi disebabkan oleh faktor semulajadi setiap berapa ratus dekad sekali. Sekali lagi aku No Comment. Kena lebih banyak membaca ni.

Apa-apa pun dan bila-bila masa jua kita kena sentiasa menjaga dan memelihara alam sekitar kita untuk kepentingan bersama. Kita ada akal jadi gunakan dengan sebaik mungkin. Amalkan apa yang baik dan jauhkan apa yang buruk dan di larang oleh agama kita.


Thursday, March 29, 2012

Donut








Korang suka makan donut tak? Aku biasa-biasa jer. Nak kata favourite tu tak juga tapi selalu juga terbeli donut ni. Tambah-tambah bila Azim agak gemar makan donut jadi selalu juga ler kitaorang ni membeli donut. Tapi aku lagi suka kuih keria (donut malaysia). Ala yang buat dari ubi keledek tu dan disalut dengan gula yang dimasak tu. Tapi yang tu tak elok makan selalu sangat, manis tu.

Siapa agak-agaknya yang memperkenalkan resepi donut di Malaysia yer. Kalau search di internet sejarah donut yang diceritakan hanyalah dari Negara Uncle Sam (Amerika Syarikat), kadang-kadang terfikir jugak. Kang kalau aku tanya soalan macam ni kat Encik Asben pasti dia jawab dulu belajar dalam silibus tak dak pulak dia ajar buat donut. Kadang-kadang bila dia geram kat aku yang suka tanya soalan pelik-pelik (selalu aku akan tanya dua tiga soalan sehingga puas hati) mesti dia jawab isk..dia ni suka la tanya soalan pelik-pelik, manalah orang tau (sorry yer bang, u kan sumber rujukan ai).

Hasil dari pembacaan dan pencarian di internet donut terdapat di setiap negara. Cuma bahan yang digunakan dan nama yang agakberbeza. Donut yang kita jumpa selalu berbentuk bulat dan ada lubang di tengah (ring doughnut), bulat ada inti di dalam (filled doughnut) dan yang jenis panjang. Dulu masa kecik-kecik aku ingat donut ni bentuk dia yang macam cincin tu ajer, rupanya ada dua tiga jenis rupa bentuk donut ni.

Bagi aku, aku lebih suka yang bentuk cincin. Yang bulat berisi kat dalam tu aku kureng sikit. Kat Malaysia ni kalau nak makan donut aku rasa bila-bila masa dan di mana sahaja. Dari semurah sekupang (tempat aku ada lagi donut 10 sen tau, tapi saiz dia kecik la..hehehe) hingga ke RM 2 lebih.




Inilah kuih keria. Tempat korang nama apa kuih ni?

Donut yang boleh dijumpai di merata-rata tempat. Ada yang lembut gebu dan ada yang keras


Dunkin Donut

Big Apple

JCo Donut


Kryspy Kreme Donut


Cakoi ni kategori donut juga ker? Makan panas-panas sedap nih.

Mana satu jadi pilihan hati korang?
This entry was posted in

Tuesday, March 27, 2012

Monday, March 26, 2012

Ada-ada Aje


Jom tengok macam mana karenah Azim bila aku mula nak buat kerja. Situasi ini agak mencabar kesabaran aku sebagai seorang ibu mithali..hehehehe




Aku baru buka laptop dia pun dah ada di belakang tu

Mula-mula dia main-main lambang laptop yang ada kat belakang tu

Lepas tu dia akan haiiiiii......Ok pun aku balas haiii :) (senyum manis lagi nih)

Pastu dia akan tanya aku nak makan apa. Ala-ala macam pekerja fast food ambik order customer. Aku pun cakap emm..oklah saya nak ayam goreng satu, milo satu yer..
Dia akan acting pegi dapur. Tapi korang jangan ingat lama yer, tak sampai seminit

Nampak ayam goreng dah sampai....Memang cepat betul restoran nihh

Sekarang ayam goreng sudah naik berjalan-jalan di sekitar laptop..(Dalam situasi ni aku masih bersabar)

l
Bila tengok ibu dia macam ok saja, dia mula ambil mainan letak atas meja di sebelah aku okay..Segala kertas-kertas aku habis tertimbus bawah mainan


Tengok sekarang mainan dah naik ke atas keyboard laptop bila aku minta alihkan dari atas meja. Ni motif dia nak minta perhatian lah ni..


Aku alihkan mainan dia dan minta dia simpan balik, sekali dengan kerusi-kerusi dia nak angkat letak atas meja tu yer... Masa ni tone suara aku dah makin tinggi..

Lepas kena marah dia buat muka sedih duduk kat belakang laptop tu. Minta susu dan mengantuk. Sebagai ibu yang agak mithali apakah yang anda akan lakukan? Pastilah kena berhenti kejap pastu pegi buat susukan (silap-silap haribulan aku shutdown terus laptop dan tido sekali ngan dia, hehehe), sebelum pergi tu kena jeling sikit pada Encik Asben yang duk sebelah tu yer. Mesti dia tersengih-sengih kat aku pastu baru cepat-cepat dia nak pujuk Azim. Agaknya Encik Asben suka tengok jelingan maut aku tu kot. Hahahaha



Suasana Musim Menanam Padi

Sekarang sudah tiba musim hujan di Negeri Kedah. Ini bermakna sudah tiba musim menanam padi di Negeri Kedah. Kalau zaman dahulu pesawah padi guna pembajak yang di tarik kerbau sekarang dah guna traktor. Aku rasa masa kecik-kecik dulu sempat lagi tengok aktviti membajak menggunakan tenaga kerbau. Ada sesetengah kawasan bergantung kepada air hujan untuk takungan di dalam petak sawah tapi kebanyakkan kawasan sawah padi di Negeri Kedah mempunyai tali air yang bersambungan dengan sungai. Bila musim menanam tali air akan dibuka untuk menyalurkan air ke dalam petak-petak sawah padi. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) banyak membantu dalam aktiviti penanaman padi di Negeri Kedah dan juga sebahagian kecil Negeri Perlis.

Memang meriah pemandangan di kala musim menanam ni. Di atas batas-batas ban sawah padi memang akan nampak ramai yang berhimpun sama ada terlibat secara langsung dalam kerja-kerja membajak sawah atau sekadang pemerhati (ini akulah salah sorang tu...hehehehe). Dah lama tak tengok suasana ni. Sesekali tengok memang seronok. Azim dah makin besar jadi dah boleh bawa dia tengok.







Ini keadaan bila tali air kering. Air dah di salurkan ke petak-petak sawah

Yang ini pula sungai yang bersebelahan tali air. Sungai nampak penuh sebab pintu air yang menghubungkan ke tali air di tutup. Air yang disalirkan ke petak-petak sawah di kawal jumlahnya

Ini fenomena biasa bila musim hujan atau musim menanam. Pak cik sedang mengai (memancing) ikan



Mak cik pun ada. Steady lah mak cik....


Satu lagi kalau orang yang tak biasa lalu di sepanjang jalan di Sungai Korok, Jitra korang akan nampak payung penuh di tepi-tepi sungai. Payung apakah itu?


Inilah tuan-tuan punya payung. Mereka sedang mengai ikan. Payung itu kegunaan untuk melindungi dari cahaya matahari ataupun daripada terkena hujan. Pemancing tegar nihhh...Hehehe


Traktor sedang membajak di petak-petak sawah


Sebahagian petak sawah yang telah di bajak. Tanah kena betul-betul lembut sebelum mula menanam padi


Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu riang...Hehehehe

Kaum keluarga perempuan pun turut datang melihat kaum lelaki sedang membanting tulang di sawah padi menggunakan traktor...hehehehe

Aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak. Mandi sungai atau mandi di tali air. Aku tak berkesempatan melalui pengalaman ini sebab dihalang oleh kaum keluarga. Mr. Asben pernah melalui pengalaman ini. Azim? Aku tak pasti lagi...

Ok dik...akak balik dulu..Peace sekali...Sportingkan budak-budak ni..Mesra betul

Ini hasil yang aku perolehi...Sebab dia adalah WIRA sebab tu dia mampu melalui apa jua situasi. Dah beberapa kali orang dok kenen-kenen nak beli..Jawapan nya adalah NO..Kesayangan kami ni. Walaupun tak selalu naik, bukan apa dia diperlukan untuk misi-misi khas sahaja..hehehe

p/s: sorry yer kualiti gambar tak berapa baik. Pakai camera handphone nokia ja..hahahaha

Saturday, March 24, 2012

Kempen Derma Darah

Mesti korang selalu dengar pasal kempen derma darah kan? Hehehehe...aku ni nak derma darah macam penakut sikit. Bila hati berkobar-kobar nak derma ada pulak sebab yang menghalang (untuk kaum wanita ada alasan khusus mengikut tarikh tertentu. :)).

Tapi berbeza pulak dengan En. Asben, dia agak kerap juga derma darah. Boleh kata sekurang-kurang dua kali setahun. Yelah kitaorang ni nak bantu orang lain duit tak banyak bantu dengan menyumbangkan darah jelah.

Aku dulu mula sedar tentang kepentingan derma darah masa ayah nak buat operation bypass, hospital ada minta kalau boleh (bukan wajib) ada sesiapa tak dari kalangan saudara mara atau sahabat handai yang boleh menderma darah menggantikan darah yang telah digunakan. Kalau hospital swasta setiap pain darah yang kita guna kena bayar, walaupun macam tu hospital lebih suka kita gantikan darah daripada membayar harga untuk satu pain. Tapi kalau diikutkan darah tu tak ternilai harganya untuk meyelamatkan nyawa pesakit.

Satu lagi kes, masa aku nak bersalin. Disebabkan dah tunggu lama tapi masih tak boleh bersalin secara normal jadi pilihan yang aku ada hanyalah pembedahan (czer). Semasa ditolak ke bilik pembedahan aku dibekalkan bersama-sama 2 pain darah. Masa tu aku terfikir betapa bekalan darah itu amat diperlukan. Aku bersalin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), orang yang bersalin kat situ punyalah ramai. Meriah korang tau kalau bersalin kat HKL ni. Mungkin kerana fasiliti dan kepakaran yang terdapat di HKL membuatkan hospital ni sentiasa sesak. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan aku tak memerlukan darah tambahan. Jadi darah tu boleh orang lain yang lebih memerlukan guna.

Dulu masa di KL kalau jalan-jalan ke pusat membeli belah, kalau ada program derma darah kami akan berhenti sekejap untuk menderma darah. Yang selalu derma adalah En. Asben lah. Tapi bila pindah balik ke sini, amat susah untuk jumpa program derma darah dijalankan di kawasan tumpuan awam. Tapi tu jangan jadikan alasan yer. Kita boleh pergi ke setiap hospital yang terdekat dengan kita.

Banyak juga kelebihan kalau kita menderma darah ni. Salah satunya ialah kita dapat buat pemeriksaan kesihatan. Kalau korang nak tahu kelebihan-kelebihan yang lain boleh lawat ke laman web Pusat Darah Negara.








pusat darah negara
Mula-mula petugas akan ambil detail penderma dan ada soal jawab serba sikit. Terutamanya mengenai gaya hidup kita. Ada juga soalan yang kadang-kala macam malu sikit nak jawab. Hehehe


kempen derma darah
Yang ni memang la segan dan malu. Timbang berat badan untuk mengetahui berat badan penderma. Kalau kurang daripada 45kg tak digalakkan menderma.


kempen derma darah
Cucuk jari untuk tujuan pengambilan sampel darah

kempen derma darah
Sampel darah di ambil

kempen derma darah
Ambik tekanan darah dan degupan jantung

pusat darah negara
Bila semua ok. Selamat Menderma. Pastu dapat kad terima kasih dan satu pelekat dalam buku merah.

pusat darah negara
Macam nilah suasana bila menderma darah di pusat membeli belah


Dah selesai menderma kenalah rehat kejap dan makan. Hahahaha ni alasan yang saja aku buat walaupun yang menderma adalah En. Asben. Sebenarnya kat tempat menderma darah akan disediakan makanan dan minuman (air milo dan biskut) bagi penderma selepas menderma.

Wednesday, March 21, 2012

Ke Taiping Pulak Kiterr...

Lepas kami melawat sekitar Bukit Merah Lake Town Resort kami meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Taiping.

Dulu masa sekolah, setiap tahun pasti ada sekolah buat rombongan ke Taman Tasik Taiping. Tempat ni dulu memang famous la sebagai tempat lawatan. Tambahan pula ada Zoo Taiping. Orang cakap Zoo Taiping ni lagi best berbanding Zoo Negara.

Kami menginap di Hotel Flemington berdekatan dengan Tasik Taiping. Kadar bilik yang ditawarkan agak berpatutan (ingat ini adalah percutian budget, jadi segala-galanya mestilah berpatutan). Untuk bilik standard harga untuk satu malam adalah RM 147, disediakan juga sarapan pagi untuk dua orang. Bagi kami hotel ini memang memuaskan untuk harga yang ditawarkan. Internet percuma di sediakan.

Lepas check-in, rehat-rehat. Kami merancang untuk ke Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Seterusnya minum petang di Kuala Sepetang. Mak dan ayah nak cuba Mee Udang Mak Jah yang famous tu. Kitaorang dah pernah merasa dah sebelum ni.

Cuaca di Taiping ni sungguh nyaman. Taiping berada di dalam daerah Larut iaitu kawasan yang paling lembab di Malaysia.

Tempat-tempat menarik sekitar Taiping adalah Taman Tasik Taiping, Bukit Maxwell, Muzium Taiping dan Muzium Matang, Zoo Taiping/Night Safari dan bangunan warisan (Taiping adalah Bandar Warisan). Selain itu juga Taiping terkenal dengan Doli char keow teow dan Mee Udang Kuala Sepetang.










Hotel Flemington Taiping
Bilik kemas, bersih dan menarik. Yang penting harga berpatutan



Pokok-pokok sekitar Taman Tasik Taiping ni aku rasa dah puluhan tahun usianya



Bandar Taiping. Bangunan dia masih bangunan lama tapi masih terpelihara.
Gambar ehsan pak cik google



Suasana di sini cukup nyaman dan mendamaikan..Cewahhh


Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Di sini diceritakan bagaimana Ngah Ibrahim menjumpai bijih. Juga dipaparkan pentadbiran dan pengurusan dalam kota ni.
Masuk adalah percuma.



Lepas tu kita pekena mee udang di Kuala Sepetang (Restoran Mak Jah)
Sila tengok harga untuk panduan



mee udang kuala sepetang
Ini mee udang special yer. Udang memang banyak dan besar-besar. Tapi mee sikit ja.
Rasa dia bagi aku biasa-biasa saja. Lain orang lain citarasakan. Tapi kepuasan kuantiti udang adalah tip top. Mee goreng atau koew teow teow goreng udang pun best.


mak jah mee udang kuala sepetang
Tapi persekitaran di Restoren Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang ni memang baik. Bersih dan wangi.


Nak balik ke hotel sepanjang jalan hujan punyalah lebat. Banjir kilat lagi. Berdebar juga kitaorang meredah air. Ada juga kereta yang tersangkut. Malam tu tak dapat ke mana-mana, order room service saja untuk makan dan minum. Ouchhh..cukup tak sesuai untuk percutian budget. Sepatutnya kena bawa bekal mee segera nih. Hahahaha



Tak sempat nak merasa makan di Doli Kuey Teow Goreng yang famous tu. Lain kali kalau ada peluang datang ke Taiping boleh la merasa.