Monday, March 26, 2012

Suasana Musim Menanam Padi

Sekarang sudah tiba musim hujan di Negeri Kedah. Ini bermakna sudah tiba musim menanam padi di Negeri Kedah. Kalau zaman dahulu pesawah padi guna pembajak yang di tarik kerbau sekarang dah guna traktor. Aku rasa masa kecik-kecik dulu sempat lagi tengok aktviti membajak menggunakan tenaga kerbau. Ada sesetengah kawasan bergantung kepada air hujan untuk takungan di dalam petak sawah tapi kebanyakkan kawasan sawah padi di Negeri Kedah mempunyai tali air yang bersambungan dengan sungai. Bila musim menanam tali air akan dibuka untuk menyalurkan air ke dalam petak-petak sawah padi. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) banyak membantu dalam aktiviti penanaman padi di Negeri Kedah dan juga sebahagian kecil Negeri Perlis.

Memang meriah pemandangan di kala musim menanam ni. Di atas batas-batas ban sawah padi memang akan nampak ramai yang berhimpun sama ada terlibat secara langsung dalam kerja-kerja membajak sawah atau sekadang pemerhati (ini akulah salah sorang tu...hehehehe). Dah lama tak tengok suasana ni. Sesekali tengok memang seronok. Azim dah makin besar jadi dah boleh bawa dia tengok.







Ini keadaan bila tali air kering. Air dah di salurkan ke petak-petak sawah

Yang ini pula sungai yang bersebelahan tali air. Sungai nampak penuh sebab pintu air yang menghubungkan ke tali air di tutup. Air yang disalirkan ke petak-petak sawah di kawal jumlahnya

Ini fenomena biasa bila musim hujan atau musim menanam. Pak cik sedang mengai (memancing) ikan



Mak cik pun ada. Steady lah mak cik....


Satu lagi kalau orang yang tak biasa lalu di sepanjang jalan di Sungai Korok, Jitra korang akan nampak payung penuh di tepi-tepi sungai. Payung apakah itu?


Inilah tuan-tuan punya payung. Mereka sedang mengai ikan. Payung itu kegunaan untuk melindungi dari cahaya matahari ataupun daripada terkena hujan. Pemancing tegar nihhh...Hehehe


Traktor sedang membajak di petak-petak sawah


Sebahagian petak sawah yang telah di bajak. Tanah kena betul-betul lembut sebelum mula menanam padi


Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu riang...Hehehehe

Kaum keluarga perempuan pun turut datang melihat kaum lelaki sedang membanting tulang di sawah padi menggunakan traktor...hehehehe

Aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak. Mandi sungai atau mandi di tali air. Aku tak berkesempatan melalui pengalaman ini sebab dihalang oleh kaum keluarga. Mr. Asben pernah melalui pengalaman ini. Azim? Aku tak pasti lagi...

Ok dik...akak balik dulu..Peace sekali...Sportingkan budak-budak ni..Mesra betul

Ini hasil yang aku perolehi...Sebab dia adalah WIRA sebab tu dia mampu melalui apa jua situasi. Dah beberapa kali orang dok kenen-kenen nak beli..Jawapan nya adalah NO..Kesayangan kami ni. Walaupun tak selalu naik, bukan apa dia diperlukan untuk misi-misi khas sahaja..hehehe

p/s: sorry yer kualiti gambar tak berapa baik. Pakai camera handphone nokia ja..hahahaha

21 comments:

Cheqna said...

Nokia pun nokia lah..cantik dah..n oklah boleh share pengalaman kat sini.

Tu mengai ikan apa? sepat ke?

:-)

eLL said...

cheqna: ikan sepat salah satunya...pastu leh wat pekasam..

Cacao Organic Fairtrade said...

Kalo di Aceh, biasdanya sebelum musim tanam padi ada syukuran (kenduri,salam blogger.

Icahbanjarmasin said...

Artikel yang sangat bagus...salut bang.

thomas said...

Bendang di Kedah memang indah.

Stevfan William said...

sangat mengingatkan saya dengan kampung halaman, hiks...

Prettywrite said...

cantik!ada sawah padi..ada gunung..fuhh beautiful scenery..suka sgt!

M@W@R Q@SeH said...

umh kt kg dekat juga dgn sawah padi...masa kecik2 salu jgk le gi tgk bila dh bsar ni dh lgsung x gi tgk...
mmg best bila tgk situasi cmni...

Jeremy said...

visiting here...

Smile!!
Buy Handbags

eLL said...

cacao: di sini kenduri selepas menuai tanda kesyukuran sebab hasil tuaian
icahbanjarmasin: terima kasih
thomas: jemputla dtg sini..nanti we all satu family bawa u jln2..
stevfan: :)
pretty: mai la jalan2 sini
mawar qaseh: saya pun dah lama tak tgk. baru2 ni jer berkesempatan

Jobless Girl said...

Pengalaman yang manis ni.

EKA IKHSANUDIN said...

Selamat berpanen ria kawan, moga dapet hasil yang baik pula .. :)

caliph shuriken said...

dh lama x mengai ikan sjak pindah pekan, huh...

eLL said...

jobless girl: semoga pengalaman ini turut dirasai sehingga anak cucu

eka: tq ya

caliph: kena cuti panjang baru dan balik mengai kat kg ...

naiemah_ramli said...

waa..tgk semua ni teringat zaman kcik2 dlu..heeee...rindu2.. ;)

dyabunga said...

wah best nya..nk menangai juga..hihi

eLL said...

naiemah : best kan

dyabunga : jom..jom p mengai

Koding said...

Memang cantik pemandangan anak2 padi yang melaut luasnya...

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

best... pemandangan + suasana kampung

tiefazatie said...

cantik la..lama dh x trn g sawah nie..hehe

izan mama mia said...

Assalamualaikum..
wah bestnyer layan entry ni...tak pernahtgk real...tgk gambar pun rasa best jer kat sawah padi tu
cantik view kat situ yer..best