Friday, February 25, 2011

Pemilik Bersama: 10 perkara yang kita harus tahu tentang suhu badan anak

Semenjak menjadi ibu ni aku rajin membaca artikel atau jurnal kesihatan. Yeke? Ehh..dulu pun aku rajin juga dulu aku baca sebab tuntutan sebagai seorang pelajar dan tuntutan sebagai seorang pekerja. Sebenarnya seronok kalau kita baca artikel atau jurnal ni.

So ada perkara yg aku nak share dengan kawan2 semua, aku cuma letak rumusan dari pemahaman pembacaan aku:

10 perkara yang perlu kita tahu pasal suhu badan anak kita (nak lebih detail sila ke kompasiana.com)







1- Suhu normal ada dlm pelbagai variasi
Kita boleh check suhu badan anak sehingga kita tahu berapa julat suhu badan anak
kita setiap hari dalam keadaan normal.
Panduan: 36 - 37 di anggap normal, suhu badan 37.6 di anggap demam (aritu masa
azim masuk wad, ini juga yg pead dan misi bagitau kat aku).

2- Pilihla termometer (penyukat suhu yang baik) - ini sentiasa aku bawa emana sahaja
(over tak?). Sila guna ikut kesesuaian dengan umur anak.
Jenis - pita ditampal kedahi, termometer digital yang ada alarm berbunyi atau
infrared yang digunakan di telinga. Ada juga termometer merkuri berbebuli merkuri (korang ingat tak dulu masa kita kecik2 dulu bila ke klinik termometor ni doktor guna untuk check suhu.

3- Ukur suhu secara teratur

4- Bila perlu membaca anak ke klinik?
Selepas demam melebihi 24 jam, perlu bawa anak jumpa doktor
Kalau suhu badan mencecah 40 darjah celcius perlu segera bawa jumpa doktor
Kesukaran bernafas
Kejang
Muntah-muntah
Bintik-bintik merah pada kulit yang ditekan tidak hilang
Cirit-birit dan mata cengkung

5- Tempat pengukuran suhu
Di dahi
Bawah ketiak (bacaan yang lebih tepat - accurate)
Dibawah lidah
Ditelinga

6- Bagaimana untuk menurunkan suhu badan anak
Pakai baju yang longar dan nipis. Seeloknya kain kapas
Berikan ubat paracetamol mengikut dos yang bersesuain dengan umur dan berat anak
Lap badan anak dengan tuala lembab. (Masa di hospital pead ajar aku cara untuk
turunkan suhu anak dengan meletakkan tuala lembab di bawah ketiak dan celah
kangkang anak. Basahkan tangan dan usap kepala anak bg rambut basah dan letakkan
tuala lembab di dahi)

7- Pegang perutnya untuk mengetahui suhu badan
Bayi belum dapat mengawal suhu badan nya dengan baik. Jadi ibu bapa perlu
mengawasi suhu bayi anda.
Untuk bayi cara terbaik untuk mengetahui suhu badannya dengan merasa di perut dan
belakang tengkuk.

8- Periksa suhu bilik
Jangan terlalu sejuk atau panas.

9- Jangan memakai selimut yang berlebihan.

10- Bayi pun tahu rasa sejuk
Suhu dibawah 34 darjah celcius ada hiportermia.

Wednesday, February 9, 2011

Pemilik Bersama: 32 - 9/2/2011

Sekejap jer masa berjalan. Bangun pagi no umur aku dah 32 tahun. Pantas betul masa berjalan. Aku tak percaya umur aku dah 32. Hahaha.. Betul ker ni? Macam tak percaya..Perasaan betul aku nihh..

Harapan dan impian aku masih sama. Semoga amalan ibadat aku dan kematangan aku bertambah seiring dengan usia aku. Sekurang2 lebih baik dari semalam. Semoga aku dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang terbaik di samping keluarga tersayang.

Diusia 32 ni, aku betul2 bersyukur kerana dikurniakan Allah kehidupan yang baik bersama2 keluarga tersayang.

Hadiah? Adalah (hehehe..) tapi dalam family aku tak diterapkan budaya macam tu. Kami cuma akan keluar makan bersama2. Aku dah celebrate birthday aku in advance masa cuti chinese new year aritu dgn family kt kg.

Orang yang mula2 wish aku adalah Mr. Hubby. Then family and friends. Masuk pejabat, bos mula2 wish (yelah diaorg tahukan birthday setiap staff - tq to ms. naimah & b-ha). Then kawan2 pejabat wish. Aku tgk kt wall FB pun ramai yg wish tp aku belum berkesempatan nak reply. Thanks to all.

Psstt: Dah tuakan..Hehehe tp rasa macam tak berapa matang lg. Why? When? How?

Monday, February 7, 2011

Pemilik Bersama: Kekanda Adinda

Lirik lagu ni ringkas dan sempoi tp mendalam juga maksudnya tu. Mula2 Mr. Hubby la yg suka dulu lagu ni dah dengan aku sekali terpengaruh..aku kalau nyanyi aku tambah skit lirik tu...

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh kanda jangan dengki
Tak lama lagi dinda goyang kaki
Gaji dinda kanda yang bagi


Seronok dengar lagu ni macam cute jerkan lagu nih..cumelll sangat..
Tapi sebenarnya dilema dalam lagu ni ada serba sikit kami pernah alami.

Tapi yang tertulis dalam lirik "Kita cuba komunikasi"

Dilema tu berjaya diselesaikan dan kami gumbira dengan penyelesaiannya..hahaha..
Ok..jom sama2 enjoy dengar lagu ni..jom dengar banyak2 kali..nak perasan remaja sat..
Jom kanda kita feeling sama2 (ada yg muntah ijau dengar aku panggil kanda nihh)
Tak jiwang kan Mr. Hubby tu...Epp..eppp..jiwang dia, i saja yg tau (hahahaha..)

Klip video ni Makcik Youtube yg kasi



Lirik Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque (OST 8 Bulan)
Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata


Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya