Monday, August 23, 2010

Pemilik Bersama - Stor Mercun Bapa Meletup, Budak 6 Tahun Terbunuh






Kadang-kadang aku pelik dan hairan. Asal raya jer mesti ada kes kematian kerana mercun nih. Selalunya kes yang dilaporkan adalah akibat budak2 yang nak tunjuk kreatif dengan membuat pengubahsuaian hingga mengakibatkan letupan yang merangut nyawa atau pun kemalangan yang menyebabkan budak2 itu menjadi cacat.

Tapi dalam akhbar hari ini, dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, di Kuala Terengganu terbunuh akibat letupan stor yang menyimpan mercun. Lebih menyayat hati lagi bila mengetahui mercun yang disimpan dirumah tinggal tersebut adalah milik bapa kepada mangsa.


Terkini dalam Berita Harian Online, melapurkan bapa mangsa telah menyerah diri kepada pihak polis di tempat kejadian.

Untuk info lanjut dan terkini boleh dapatkan di Berita Harian Online.

4 comments:

terokai seni said...

ntah menda yang ada dalam minda orang mlayu tak pnah serik, tiap tahun ada aje yang kena mercun

Chaon Cornerz said...

dah nak dekat musim perayaan kan.. kalo tak dengar cerita pasal mercun nie memang tak sah..

eLL said...

cemomoi,Chaon Cornerz:
mmg betul la, tiap2 tahun mesti ada berita pasal kena mercun, tapi yg aku hairan bile time raye cina @ lain2 perayaan xde plak aku dengar berita ni

hentakbelipat said...

kesian sgt...tulah..padah bnde illegal ni..lagi2 bulan pose