Thursday, August 19, 2010

Pemilik Bersama: Selamat Berpuasa - Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Rasanya belum terlewat bagi kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini kepada kawan-kawan semua.

Sekejap jer dah 9 hari kita berpuasa. Dengan keja yang banyak tak terasa masa berjalan dengan pantas.

Masa nak mula melangkah ke bulan Ramadhan tahun ni, niat di hati ingin meningkatkan amal ibadat. Semoga cita-cita itu terlaksana, walaupun perubahan dan peningkatan itu berlaku dalam nisbah yang kecil tapi berterusan. Tapi cabaran agak besar tahun ni. Azim dah besar dan pandai berjalan. Jadinya kami berbuka puasa ala kadar je dulu. Sekadar lapik perut. Second round baru leh makan dengan feeling skit lepas Azim tido. Tp tak per Azim good boy, bagi jer pinggan kat dia oklah..Dia akan layan pinggan tu at least 15 - 30 minit so sempat la kitaorg nak berbuka. Then selewat2 pukul 9 Azim dan tido. Kadang2 jer tesasar sampai pukul 11 lebih.

Kalau bulan puasa ni mesti sibuk dengan Bazar Ramadhankan? Hehehehe...Kalau bab ke bazar Ramadhan ni jangan cakap org lainla, aku sendiri pun selalu tertewas dek hasutan hawa nafsu. Kalau boleh semua nak beli kat sana. Pastu bila dah berbuka sikit jer makan dah kenyang. Ramadhan lepas aku berpantang kat kampung. Aduhhh..sungguh tergoda aku dengan makanan2 atas meja tu. Sabar2.. Paling aku tergoda dengan air yang sejuk dan berwarna-warni..Ermmm...Hehehehe..korang jangan imagine lebih2 nanti kurang pahala yer..

Apapun setiap kita ada pengalaman dan cerita masing2 sepanjang menjalani ibadah puasa ini. Ada yang nak share?



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

1 comment:

terokai seni said...

berbuka dengan cekodok pisang je semalam