Wednesday, August 25, 2010

Pemilik Bersama - Lagu Raya Pilihan

Pagi tadi masa tengah memandu ke pejabat. Salah satu stesyen radio tengah buat survey berapa kerapkah perlu lagu raya di mainkan. Rata-rata pendengar minta 4-5 lagu dalam sejam. Byk tu..Arinikan dah 15 hari kita berpuasa, so stesyen radio semua dah boleh mula mainkan lagu raya. Kalau tak der peraturan macam ni, baru sehari berpuasa pun dah ada stesyen radio putarkan lagu raya.
Dalam excited nak berhari raya jangan lupa pulak amalan di bulan Ramadhan. Hehehe..cakap pasal lagu raya ni. Aku ada 2 lagu yg jadi kegemaran akula bila masuk bulan Ramadhan nih. Kalau korang nak tau 5 tahun lepas masa mula2 aku datang ke KL ni, seminggu dua sebelum Ramadhan lagi aku dah layan lagu nihhh...Huhuhu. Syahdu la konon, maklumla duk di perantauan. Ni aku share lau kegemaran yg menjadi juara & naib juara carta radio aku.

Mula-mula aku feeling dgr lagu nih...

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Pastu aku mula la jiwang dgn lagu nihh...

Air Mata Syawal

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Monday, August 23, 2010

Pemilik Bersama - Stor Mercun Bapa Meletup, Budak 6 Tahun Terbunuh






Kadang-kadang aku pelik dan hairan. Asal raya jer mesti ada kes kematian kerana mercun nih. Selalunya kes yang dilaporkan adalah akibat budak2 yang nak tunjuk kreatif dengan membuat pengubahsuaian hingga mengakibatkan letupan yang merangut nyawa atau pun kemalangan yang menyebabkan budak2 itu menjadi cacat.

Tapi dalam akhbar hari ini, dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, di Kuala Terengganu terbunuh akibat letupan stor yang menyimpan mercun. Lebih menyayat hati lagi bila mengetahui mercun yang disimpan dirumah tinggal tersebut adalah milik bapa kepada mangsa.


Terkini dalam Berita Harian Online, melapurkan bapa mangsa telah menyerah diri kepada pihak polis di tempat kejadian.

Untuk info lanjut dan terkini boleh dapatkan di Berita Harian Online.

Thursday, August 19, 2010

Pemilik Bersama: Selamat Berpuasa - Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Rasanya belum terlewat bagi kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini kepada kawan-kawan semua.

Sekejap jer dah 9 hari kita berpuasa. Dengan keja yang banyak tak terasa masa berjalan dengan pantas.

Masa nak mula melangkah ke bulan Ramadhan tahun ni, niat di hati ingin meningkatkan amal ibadat. Semoga cita-cita itu terlaksana, walaupun perubahan dan peningkatan itu berlaku dalam nisbah yang kecil tapi berterusan. Tapi cabaran agak besar tahun ni. Azim dah besar dan pandai berjalan. Jadinya kami berbuka puasa ala kadar je dulu. Sekadar lapik perut. Second round baru leh makan dengan feeling skit lepas Azim tido. Tp tak per Azim good boy, bagi jer pinggan kat dia oklah..Dia akan layan pinggan tu at least 15 - 30 minit so sempat la kitaorg nak berbuka. Then selewat2 pukul 9 Azim dan tido. Kadang2 jer tesasar sampai pukul 11 lebih.

Kalau bulan puasa ni mesti sibuk dengan Bazar Ramadhankan? Hehehehe...Kalau bab ke bazar Ramadhan ni jangan cakap org lainla, aku sendiri pun selalu tertewas dek hasutan hawa nafsu. Kalau boleh semua nak beli kat sana. Pastu bila dah berbuka sikit jer makan dah kenyang. Ramadhan lepas aku berpantang kat kampung. Aduhhh..sungguh tergoda aku dengan makanan2 atas meja tu. Sabar2.. Paling aku tergoda dengan air yang sejuk dan berwarna-warni..Ermmm...Hehehehe..korang jangan imagine lebih2 nanti kurang pahala yer..

Apapun setiap kita ada pengalaman dan cerita masing2 sepanjang menjalani ibadah puasa ini. Ada yang nak share?



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Friday, August 13, 2010

kurma Yahudi







Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!




Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan

tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan

di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan

luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia

dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai

pekerja-pekerjanya

berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para

Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis

terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam

ini..kasihanlah

oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Monday, August 2, 2010

Saya bz ....

kepada pengunjung blog yg saya hormati, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf ........ kerana tidak dpt blogwalking ke blog anda untuk jangka masa yg agak lama (sehingga selepas hari Raya Puasa)..

Ini kerana tuntutan kerja... (kerja2 pengubahsuaian pejabat yg melibatkan peralatan ICT dan perolehan baru utuk PC lebih kurang 200 buah untuk di "setupkan"

jadi untuk n3 kali saya ingin memohon maaf sekiranya saya ..tidak dpt membuat kunjungan balas...