Wednesday, July 21, 2010

solat atau sembahyang







Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

7 comments:

✿nenek moden✿ said...

baru tahu ni..hehe..masyeh bgtau..

IMAN'S UMI said...

Oh yeke...yg sy dengar dulu, sembahyang tu adalah dari perkataan 'sembah' dan 'Yang'....yang merujuk kpd Allah...Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani...sama mcm ms kita berdoakn? Sbb tu sy x rasa ralat guna perkataan sembahyang.

Zaidah said...

mulai hari nie kena sebut solat...jangan sebut sembanhyang....

Asma said...

time sekolah ugama masa kecik2 dulu pun ustazah ada ckp cam yg iman's umi mention tu... 'Sembah' 'Yang' Satu, Yang Maha Esa..iaitu Allah SWT..

eLL said...

bagi saya sendiri, terpulang lah pada seseorang itu.. niat kita yg paling penting.. Allah lebih mengetauhi.. skang ni ramai yg mengaku Islam tp sebenarnya.... heheheh pikir2 kan lah

Arra JaSmY said...

owh..baru tahu.betul ckp kamo.istilah solat lebih sesuai dgunakan dan mmbezakan kita dengan mereka *kafir*yang lain.

caliph shuriken said...

sy lebih selesa sebut solat...