Wednesday, July 14, 2010

Pemilik Bersama: Rehat Sekejap - Azim Tak Sihat

Kepada kawan2 semua minta maaf kalau dalam seminggu ni tak ada entry baru atau takbuat blogwalking. Our little hero Azim, tak berapa sihat. Nanti bila keadaan dan reda dan kembali seperti biasa kami akan kembali aktif. Sekarang tumpuan terpaksa diberikan kepada Azim.

Azim mula2 selsema kemudian batuk. Seterusnya kahak agak pekat dan dr suspect bronkitis. So dah 2 ari Azim dapat rawatan. Secara mata kasar dan naluri ibu aku melihat Azim dah sihat banyak. Tido pun dah nyenyak. Sebelum ni tido yer hidung tersumbat (gejala biasala kalau seseorang selsema) pastu tambah plak bila dia batuk kahak yang pekat tak dapat keluar, dia mula rasa tak selesa dan menangis.

Kitaorang tak ambik masa yang lama 2 hari terus bawa jumpa pakar. Bukan apa sebab Azim masih baby, kalau dah besar mudah juga untuk aku tanya, apa yang sakit, apa yang tak selesa. Mula2 pegi klinik tapi dlm sehari tengok tak banyak berkurangan. Hari kedua terus my parent suggest gi jumpa pakar. Sekarang ni setiap hari kitaorang berulang alik ke hospital bawa Azim. Tapi bila tengok semakin hari semakin sihat, hati cukup lega. Hati sentiasa berdoa semoga Azim cepat sembuh 100%. Walaupun ada dr yang cakap u dont stress your self, in this world also have million case like this. Memang la demam, batuk & selsema adalah penyakit biasa tp kita bertanggungjawab untuk mencegah dan mengubatinya. Aku take positive la, mungkin dr suruh aku jangan stress. So sekarang kitaorg kena cool dan rileks. So tumpuan untuk our little hero.

Aku minta cuti sampai hari Jumaat. Tadi lepas bawa Azim, aku pulak yang dr nasihat kan suruh rehat sebab BP (bllod presure) aku agak tinggi. Mungkin aku penat dan mungkin aku terlalu banyak berfikir. Sambil2 tu dr ada nasihatkan aku supaya setiap kali anak tak sihat ibu atau bapa kena ambil cuti untuk menjaga anak. Mungkin cuti kita berkurangan tapi anak kita cepat sihat sebab kita sendiri yang menjaganya. Apapun tu semua bergantung kepada situasi kerja kitala.

So, kawan2 semua doakan Azim cepat sembuh yer.



1 comment:

Iman's Umi said...

Ye semoga Azim cpt sembuh...Amiin...maknya pn jagalah kesihatan juga ye...BP dh naik tu