Monday, February 22, 2010

Aku yang kasihan..... II


Malu siotttt... hari aku rasa mcm hari yg malang buat aku ... bukan apa...kerusi aku patah plak penyandar dia... nasib baik x tergolek aku..kalau x mau sengal2 bdn aku..tak semena-mena aku buat pentunjukan percuma.... siap dpt tepukan gemurhuh gemuruh lagi... hampes tul budak opis aku

kerusi patah

ni la kerusi yg malang itu ... bukan salah kerusi ini kerana x dpt menampung beban aku yg semakin membesar







Friday, February 19, 2010

Kusangka Panas Hingga ke Petang, Rupanya Hujan di Tengah Hariii

Selepas 1 minggu lebih aku guna Windows 7... aku rasa ada yg x kena dengan OS ni... byk program yg aku guna x berjalan dengan lancar... jadi aku kembali ke pangkal jalan.... nasib baik ada buat image untuk Windows XP..

lepas ni kalau Pc aku meragam x yah buang masa format... terus guna image yg ada jimat masa skit

jadi xder lah buang masa sgt nak format balik Pc aku... lebih kurang 5 minit dh siap .. kalau nak dibandingkan format biasa yg mkn masa lbh kurang 30-40 minit... cuma windows Xp kali ni aku pakai templete Vista... baru cun skit

windows Xp




Friday, February 12, 2010

Balik kampung ooo Balik kampungg

hu hu hu ...mlm aku balik kampung ... bleh laa lepas rindu kat keluarga di kampung... mlm ni mesti jln jem.. sbb cuti panjang... itu x jadi hal demi nak balik kampung semua tu bukan penghalang....




Wednesday, February 10, 2010

PC aku sakit

ari Isnin baru ni... pc aku ada sengal2 ubi skit.. lembab nak mampos... nak bukak Excel pon dekat 2 minit..apa hal plak pagi2 dah potong stim nak wat kijer (byk sgt ker kijer aku??) lagi pon aku mmg teringin nak pakai Windows 7 Ultimate .. yg di war-warkan agak laju berbanding ngan vista... lagi pon aku x suka pakai vista sbb lembab...

mungkin ni salah satu sebab untuk aku beralih arah ke Windows 7..... masuk jer tgh ari dia mula hang aku pon apa lagiii backup apa yg patut.... ye haaaa format PC aku ...

sbb tu dah 2 ari aku kurang buat blogwalking.. maklum laa penggunaan internet aku terhad...... lebih kurang 30 minit siap format ... bleh tahan agak cepat kalau berbanding ngan Xp... -+ 10 minit lebih cepat

Seperti yg dijangka Windows 7 mmg laju kalau nak dibandingkan ngan XP.... tapi aku masih terkial2 nak guna sbb x biasa ngan lokasi icon2 dan folder..


Windows 7 Ultimate

sememang nya aku berpuas hati dengan pretasi Windows 7




Tuesday, February 9, 2010

Happy BesDay

Hari Besday my lovely wife.... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


happy birthday cake




Friday, February 5, 2010

Mendidik Anak-anak

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda Dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners Dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka Dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
Malu Dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap Hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap Hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
Senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
Kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja Dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu Dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan Dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak Kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan Kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.







14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Thursday, February 4, 2010

Tragedi Hujan Lebat



hampeh, siot , tak guna, bengong dan sebagainya...... semalam masa nak balik kijer hujan agak lebat... syok jer aku layan naik motor dlm hujan bleh plak satu teksi ni ngan sebijik kancil dengan tanpa rasa bersalah potong belah kiri (laluan kecemasan)nasib baik x kena aku ..




Jadi pemanduan aku pun tersasar (mcm bawak kapal terbang plak) menghala ke laluan air sebelah kiri jln.. kebetulan air byk sbb jln naik bukit skit... pastu motor aku jadi semput2 nak mati... tak sampai 5 meter mati terus motor aku..arghhhhhhh (hati aku menyumpah pemandu td). Sampai putus selipar aku nak "start" motor.. hujan makin lebat plak ermmmmm

terpaksa laa aku menapak sambil tolak motor g bawak pokok tepi jln, bahaya takut org tak perasan aku kat tepi jln tu, nti tak pasal lain pulak jadi dia... aku tunggu hujan reda skit baru aku buka plug motor... patut laaa tak idup motor aku basah rupanya... aku lap dan tiup skit.. pastu pasang balik...

sekali tunjal jer dah idup ... motor aku...

P/S: Jangan penting diri semasa memandu




Tuesday, February 2, 2010

Selamat Bekerja

weh weh wehh ....dah kijer ari ni... biasa laaa dah cuti 3 hari.... mesti ada lemau2 skit nak dtg kijer...3 hari aku main ngan Azim tapi masih tak puas, tak cukup rasanya masa aku ngan budak comei nii..

Semalam aku cuti hari Wilayah x g mana2 pon sbb wife aku kijer.. jadi budak comei tu x antar umah pengasuh dia... aku yg jaga dia satu hari.. puas jugak laaa aku main ngan dia..skang ni Azim dah boleh guling2 ke kiri n kanan.. jenuh jugak aku berjaga2.. bukan apa takut nanti Azim beguling-guling sampai bwh meja, aku jugak yg susah.

ceria dan happy

Azim ni x susah nak jaga dia, x byk peel dia. Kalau nangis pon mesti nak susu @ org x main ngan dia.. itu jer... semalam aku bentang toto kat ruang tamu, biar azim guling2 kat situ.. bukan main suka dia, pastu penat tido. Lepas tido mesti dia nak guling2 lagi kalau x layan dia mesti merengek2 mcm merajuk jer.

Perangai Azim ni lain kalau aku yg jaga dia berbanding ngan wife aku .. kalau aku suh dia duduk diam2 dia ikut jerr.. tp kalau ibu dia yg ckp dia ikut jugak tapi lepas 2-3 ckp baru ikut, nak pulak masa nak pakai lampin jenuh wife aku suh dia duduk diam2 Azim siap boleh gelak2 lagi. Tapi xper biar ada PRo n CON antara aku dan wife aku. Biasa laa mana2 anak pon mesti manja ngan Ibu @ Mak




Monday, February 1, 2010

Pemilik Bersama: Semoga Isnin Ini Ceria Untuk Semua

Dah hari isnin. Lepas berhujung minggu. Malas juga nak keja. So tenangkan hati, rehatkan minda. Mulakan hari anda semua dengan sesuatu yg menggembirakan semoga sepanjang hari dan minggu kita akan ceria.

Selepas menghabiskan masa-masa yang membahagiankan bersama keluarga & yang tersayang.

***if you have it (love), you don't need to have anything else, and if you don't have it, it doesn't matter much what else you have - sir james m. barrie****

***bringing up family should be an adventure, not an anxious discipline in which everybody is constantly graded for performance - milton r. saperstien***

SELAMAT BEKERJA SEMUA.

If you would create something, you must be something -Johann Wolfgang von Goethe

Pemilik Bersama: Hujung Minggu

Arini cuti..Aktivi arini lepak-lepak then kemas rumah sambil basuh baju. Dapat spend time dgn Mr. Hubby and Azim. Tp ari cuti ni pun banyak juga aktiviti nak dibuat. Arini ada kenduri kawin Si Farah kat Sentul (ni salah sorg informer pasal sale - DKSH). Pas tu ingat nak g antar pesan kawan-kawan Mr. Hubby. Apalagi hasil yg diborong di jualan gudang Yeos. Aku ni semenjak keja kat sini dah jadi kaki shopping. Hehehehe...kadang2 terpaksa kawal nafsu. Yelah..kawan2 & customer selalu update pasal sale. Kadang2 customer bg invitation card utk sale. Cuba juga tahan godaan tapi bila ingat2 limited person jer yg dijemput hati mula2 berbelah bagi. Dah pegi sale tak beli barang? Boleh ker? Haritu g sale untuk minyak wangi. Huh..hati sabar la hati. Yelah korang bayangkan minyak wangi original harga dalam RM 150 - RM 200. Kita bleh dapat RM 80 jer. Tak ker rambang mata mcm tu. Tp sale mcm ni nak masuk kena beratur. Dlm satu2 masa 20 org jer dia bg masuk.

Kepada customer yg selalu update pasal sale tu. Dan yg bg jemputan utk sale tu terima kasih. Ingat juga diaorg kat aku. Walaupun aku selalu kena marah biarpun salah tu org lain yg buat. Hehehehe...Dah nama keja. Kalau org tanya ko keja unit aper? Kalau sebut pun org akan cakap no wonder la...Mr. Hubby lg senang kalau org tanya tmpt wife ko tak der keja kosong ker? Dia mesti cakap ada..tp syarat utama kena tahan maki..Kahkahkah..Betul beb..Tak percaya? Korang boleh tanya aku personally apa aku punya job function. Aku betul2 keja underpressure. Ada berani? Aku tak bleh la citer detail kat sini. Rahsia kerajaan la...Hehehehe..

Ok..Selamat Berhujung Minggu. Semoga Hujung Minggu Kita Semua Ceria. Dan Semoga Isnin Esok Turut Membawa Kebahagian. So Hari Isnin Bleh Keja Dgn Mood Yg Baik.

p/s: Jeles ni isnin Mr. Hubby cuti (Federal Territory Day)