Wednesday, March 21, 2012

Jalan-jalan ke Bukit Merah Lake Town Resort

Rasanya awal tahun ni banyak aktiviti berjalan-jalan mengempiskan poket. Mungkin sebab dah pindah balik ke kampung halaman jadi baru terfikir nak berjalan-jalan. Dulu masa tinggal di lembah klang ataupun dalam bahasa orang KL depa sebut Klang Valley (hehehehe) yang asyik terfikir bila cuti adalah balik kampung oooOOoo balik kampung (hati girang).

Dua-tiga entry permulaan ni mungkin banyak berkisar mengenai lawatan ke sekitar kawasan utara semenanjung tanah air kita. Biasalah bercutian budget, mesti cari yang dekat-dekat dahulu.

Aktiviti jalan-jalan kami bermula dengan lawatan ke Bukit Merah Lake Town Resort dan seterusnya ke Taiping. Kami sebenarnya berhenti rehat sebentar saja di Bukit Merah Lake Town Resort, tiada aktiviti mandi mandi yer. Sebabnya kesemua ahli rombongan jenis suka berjalan-jalan, makan dan shopping tapi kurang berminat pada aktiviti taman tema air nihh (takut air kot).










Bukit Merah lake Town Resort
Di depan pintu masuk ke Bukit Merah Lake Town Resort


Bukit Merah lake Town Resort
Lepak jap lah..

Bukit Merah lake Town Resort
Ehh...nak pegi mana tu Azim

Bukit Merah lake Town Resort
Ooo..nak baca papan tanda rupanya

Bukit Merah lake Town Resort
Ada juga disediakan kolam memancing untuk kaki pancing melepaskan gian

Bukit Merah lake Town Resort
Pintu masuk ke Laketown Waterpark. Tarikan utama ke Bukit Merah

Bukit Merah lake Town Resort
Dah nak balik baru perasan peta disediakan

Dah selesai lawatan di kawasan sekitar Bukit Merah Laketown Resort

Kita teruskan lawatan ke Tasik Taiping

Esok kalau berkesempatan aku ceritakan pula jalan-jalan kami ke Bandar Taiping.

Wordless Wednesday - SMILE






Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan setakat bersawang dah aku rasa dan macam rumah tinggal. Aku ada juga buat blogwalking cuma tak sempat nak update entry baru ja.

Untuk memulakan entry di tahun yang baru ni kita mulakan dengan senyuman...(boleh tak guna ayat ni... hehehe dah dekat bulan April baru aku buat pembukaan untuk tahun baru).








Senyum sesuatu yang mudah dilakukan. Lemparkan senyuman hati yang gundah gulana akan terasa terubat. Hidup juga lebih indah dan mententeramkan seandainya persekitaran kita penuh dengan senyuman. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum yang ikhlas dari hati adalah satu anugerah yang indah untuk diri kita dan orang yang memandang.


Friday, December 23, 2011

Tip Bercuti Dengan Kos Minimum

Sambil klik sana klik sini...browse sana browse sini
terjumpa satu topik yang agak menarik kat laman wed Pa&Ma
"Tip bercuti dengan kos yang minimum",
Jom share sama-sama, boleh jadikan panduan untuk kita sekeluarga pergi bercuti atau melancong...

Buat Perancangan Awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.

Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih Masa Yang Sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat Penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak Sendiri Makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.

Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak Makanan Yang Ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa Bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli Yang Perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

Korang yang ada anak kecik selalu bawa stroller tak semasa bercuti? Aku selalu jugak bawa sebab satu memudahkan kita handle si kecik yang satu lagi untuk keselesaan si kecik tu.

Sekarang aku tengok dah banyak kemudahan yang disediakan untuk rakyat melancong di dalam negara. Hotel-hotel budget sekarang pun dah cantik dan bersih tak macam dulu lagi.

Paling menjimatkan bagi aku adalah melancong ke tempat yang kita boleh gunakan kenderaan sendiri. Ini memang menjimatkan.

Jadi, apa lagi rancang percutian anda. Jom kita bercuti.



Ni pun jimat juga. Bayar untuk masuk Aquaria tapi boleh sampai Pulau Redang. Korang nampak tak Azim tengah confuse tengok air laut