Wednesday, October 17, 2018

Tips Melancong Bersama Anak-anak Kecil

Melancong bersama anak-anak kecil? Dulu semasa masih berdua banyak masa dihabiskan untuk bekerja dan jika cuti hanya pulang ke kampung atau jalan-jalan cari makan di tempat berhampiran. Langsung tidak pernah terfikir untuk pergi melancong. Bila dah bertiga dan seterusnya berempat baru minat melancong ini muncul. Malahan kami lebih enjoy melancong secara backpacking. 

Ada juga kawan-kawan atau saudara-mara yang tertanya-tanya ok ker melancong dengan anak-anak yang kecil. Ok atau tidak itu atas diri sendiri. Cuma pesanan awal ialah kena bersedia dengan kerenah anak-anak. Fahamkan budak-budak ada ragam yang tersendiri terutamanya bila mereka lapar, letih dan mengantuk. Bila membawa anak-anak kecil ini segala perancangan perlu lebih teratur dan sangat realistic serta perlu memperlahankan rentak berbanding kita travelling secara solo atau orang dewasa. Banyak aktiviti perlu disesuaikan dengan anak-anak.

Untuk memudahkan pergerakan semasa melancong. Kami suami isteri lebih selesa mengendong anak menggunakan carrier dari menggunakan stroller. Lebih mudah, ringan, jimat space dan juga anak kecil kurang meragam sebab sentiasa di kendong. Namun stroller juga amat pratikal jika membawa anak-anak di antara umur 3 - 5 tahun. Boleh kurangkan meragam dan elakkan anak-anak terlalu letih jika banyak berjalan. 

Sesudah turun feri ke Pulau Langkawi

Titi gantung Gunung Mat Chincang

Bukit Bendera


Beratur di imigresen sempadan Malaysia Thailand

Cameron Highland

                        

Sebelum mula melancong sama ada di dalam atau luar negara selalunya kami akan sediakan proposal terlebih dahulu (hahaha). Detail dan tentative semua disediakan. Selain itu google untuk mencari info tentang tempat yang ingin dituju. Melancong dengan anak-anak kecil ni kadang-kadang banyak unexpected yang terjadi. Jadi kita sebagai ibu bapa kena lebih rileks dan tenang. Cool. 

Jom…saya share info yang saya dapat daripada The Asian Parent

Teringin untuk pergi melancong tetapi anak kecil anda membuatkan anda berfikir dua kali? Jangan risau. Ia tidak sesukar yang anda sangka. Jom tengok tips melancong dengan anak kecil yang kami kongsikan di sini! Sewaktu zaman bujang atau masih berdua dengan suami, jika terasa sahaja ingin pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara, pasti anda tidak akan berfikir panjang. Siapkan sahaja beg, beli tiket, dan anda bersama rakan-rakan atau pasangan tercinta akan terus berada di dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda.

Namun, setelah mempunyai anak, terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, sudah pasti ia membuatkan anda ragu-ragu sama ada melancong adalah idea yang terbaik untuk anda. Jangan risau. Sebenarnya, dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi, aktiviti melancong anda tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan

Apabila melancong dengan anak kecil, ada beberapa perkara asas yang anda perlu pertimbangkan. Di antaranya ialah:

 • Destinasi pilihan anda – Adakah ianya di dalam negara atau di luar negara? Jika di luar negara, antara kos tambahan yang anda perlu sediakan adalah pasport untuk si kecil itu. Juga, terdapat kelengkapan tambahan yang perlu anda sediakan.

 • Tentukan pengangkutan anda – Jika anda ada anak kecil, pertimbangkan juga jenis pengangkutan yang anda bercadang untuk gunakan. Jika kapal terbang, berapa banyakkah transitnya? Berapa jam perjalanan? Jika menaiki kapal terbang atau kereta, adakah kerusi bayi anda cukup selesa untuk perjalanan jauh?

• Ketahui jarak perjalanan – Berapa lama masa yang akan di ambil untuk anda sampai ke destinasi? Ketahui beberapa senarai barangan yang perlu anda sediakan untuk anak anda bagi keperluan sepanjang perjalanan.

• Kemudahan di tempat penginapan – Jika anda bercadang untuk menginap di hotel atau homestay, pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang hotel anda. Adakah ia mesra kanak-kanak? Adakah hotel anda menyediakan kemudahan keperluan untuk anak kecil.

• Makanan untuk anak kecil – Selalunya hotel atau resort tempat anda menginap akan menyediakan makanan untuk para tetamu. Namun, adakah hotel tersebut menyediakan makanan untuk anak-anak. Jika tidak, pastikan anda membuat persiapan untuk makanan si kecil.

• Sediakan perubatan kecemasan – Ini adalah antara yang sering di lepas pandang ketika melancong dengan anak kecil. Perkara yang tidak di jangka mungkin terjadi dan jika anda tidak membawa keperluan perubatan, seperti kotak kecemasan, amat sukar untuk anda mengatasi kecemasan tersebut. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara asas di atas sebelum memilih tempat pelancongan, berikut merupakan beberapa tips melancong yang kami ingin kongsikan, jika anda bakal pergi berjalan-jalan dengan anak-anak kecil.

Tip melancong dengan anak kecil – Cubanya untuk percutian yang lebih menenangkan 

1. Pastikan anda menyiapkan bag terlebih awal. Antara tip untuk mempermudahkan anda menyusun barangan di dalam beg adalah dengan menyusun keperluan pakaian dan makanan mengikut hari.

2. Semasa menyiapkan beg, masukkan barangan mengikut hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam beg bagasi. Labelkan juga beg supaya anda tidak terlupa. 

3. Pastikan baju, seluar, stoking, kasut dan sebagainya di susun bersama-sama supaya mudah anda untuk mengeluarkan dari beg dan memakaikannya kepada anak anda – satu set pakaian harian elok terletak bersama-sama.

4. Asingkan kain napkin bayi dan set losyen/tisu lembap untuk mencuci di dalam beg diaper yang berasingan. Senanglah anda untuk mencapai napkin jika anda perlu menukar lampin bayi ketika dalam perjalanan atau ketika sedang melancong ke tempat-tempat pilihan. Bawa sahaja beg yang penuh dengan kelengkapan menukar lampin ini.

5. Sediakan juga beg untuk digalas. Masukkan sehelai dua baju tambahan bayi dan juga baju anda. Takut-takut si kecil terbocor! Jadi, dapatlah anda menukar baju bayi dan juga baju anda yang kotor itu dengan mudah – tidak perlu menggeledah beg bagasi.

6. Masukkan juga set mandian bayi dan kotak kecemasan di dalam beg plastik berasingan. Selain memudahkan anda mengambil barangan ini, plastik tersebut juga boleh mencegah syampu atau ubat yang tertumpah dari bocor terkena baju anda yang lain.

7. Bawa beg plastik kosong tambahan. Anda mungkin memerlukannya untuk membungkus apa sahaja pakaian atau barangan kotor.

8. Pastikan anda tahu nombor panggilan kecemasan di tempat yang anda ingin tujui. Kalau ada kecemasan yang serius, bolehlah anda menghubungi nombor ini dengan cepat.

9. Jika anda menaiki kapal terbang, pastikan anda tahu tentang peraturan membawa naik botol cecair ke dalam kabin. Selalunya, botol yang mengandungi cecair lebih daripada 88ml tidak dibenarkan. Jadi, pastikan anda menyemak isipadu losyen bayi anda. Peraturan ini tidak dikenakan bagi makanan bayi, susu ibu di dalam botol, dan minuman formula bayi.

10. Ambil giliran dengan pasangan anda untuk menjaga atau mengendong bayi. Ini supaya anda berdua tidak keletihan dan dapat menikmati percutian bersama-sama.

Jika anda ada bayi dan ingin pergi melancong, sudah tentu senarai barangannya lebih panjang. Cuba tengok tip senarai barangan yang perlu anda bawa ketika melancong bersama anak kecil ini. Mungkin ia membantu!

Senarai barangan yang perlu di bawa ketika berjalan-jalan dengan bayi 

 • Kerusi kereta bayi yang mudah alih dan ringan. Kalau ada bajet lebih, sediakan yang jenis 2-in-1
   dengan kereta sorong bayi yang mudah untuk dilipat-lipat.

 • Bawa ‘carrier baby’ yang boleh di gunakan semasa berjalan-jalan. Sama ada yang jenis di letakkan
   di pinggang atau di galas di belakang.

 • Bekas mandian bayi yang boleh dipam dan dikecilkan semula (inflatable baby bathtub). Jenis yang
   bergetah dan berudara sebegini mudah untuk dipek di dalam bagasi anda.

 • Bawa pam susu dan beberapa botol, puting, dan cawan bayi. Bawa lebih dari satu pun tidak     
   mengapa jika anda melancong seminggu dua. Bawa juga kain sendawa si kecil.

 • Bawa topi dan jaket untuk si kecil sebagai persediaan jika cuaca menjadi terlalu terik atau dingin.

 • Minuman formula susu dan snek bayi jika dirasakan perlu.

 • Jika anak anda sudah makan makanan pejal, bawa satu set pinggan mangkuk/cawan/botol plastik.
   Bawa juga berus botol untuk mencuci botol susu yang telah digunakan.

 • Beberapa mainan kegemaran si manja anda untuk menenangkannya sewaktu di dalam kerusi bayi.

 • Tisu lembap, losyen bayi, dan krim ruam – simpan di dalam beg galas atau beg tangan anda.

 • Bawa selimut kecil berserta lapik getak. Selimut digunakan untuk mengelakkan si kecil dari kesejukan dan lapik getah boleh di gunakan ketika menukar lampinnya.

Jika destinasi percutian telah di pilih sebaik mungkin dan persediaan sewaktu berjalan-jalan di buat secara rapi, anda pasti akan berasa lebih tenang dan yakin ketika membawa anak kecil anda berjalan-jalan. Yang paling penting, hayatilah percutian tersebut. Jangan tertekan jika perkara yang tidak di duga terjadi, kerana percayalah, ia akan terjadi! Tarik nafas, senyum dan gunakan barang yang telah anda sediakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Sememangnya percutian dengan anak kecil memberikan pengalaman yang manis dan berharga buat ibu bapa!

Juga tips dari andrewsalin

Makanan semasa melancong – perlu sanagat berhemah berbelanja untuk kos makanan untuk elakkan baget tidak lari dari perancangan.

Hotel Breakfast Deal – Kebanyakan restaurant di hotel menyediakan sajian untuk breakfast sehingga pukul 10am sahaja. Ada sesetengah hotel sampai pukul 9am sahaja. So pastikan anda check dahulu jika jadual breakfast tidak sesuai untuk anda , just skip the breakfast deal dan anda boleh dapatkan bilik hotel pada harga yang lebih murah. Jika anda ambil pakej breakfast, manfaatkan sebaiknya so maybe anda boleh skip lunch dan just ambil snack sahaja jika lapar sebelum pergi makan malam.

Lokasi Tempat Makan – Cuba dapatkan restaurant yang berjauhan sedikit dari tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi tumpuan pelancong. Kebiasaannya harga kat restaurant ni lebih mahal.

Berkongsi Makanan – Kebiasaanya portion makanan adalah cukup untuk dikongsi oleh anak-anak. So why not just share the food. Bekalan makanan – Bagi sesetengah keluarga apabila melancong ke luar negara, mereka membawa bekalan makanan ringan seperti Maggie, Bun, snack dan lain-lain. Namun begitu pastikan anda periksa terlebih dahulu jika makanan yang anda ingin bawa tiada larangan oleh negara yang anda ingin lawati. Selain mampu menjimatkan kos, kita tak pening juga nak cari tempat makan.

4 comments:

taag company said...



شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالجبيل

Jocelyn Anastasia said...

DAMQQ | BANDAR POKER | AGEN POKERV | BANDARQ | CEME | DOMINO ONLINE

Yuk Buruan ikutan bermain di website DamQQ

Sekarang DAMQQ Memiliki Game terbaru Dan Ternama loh...

9 permainan :
=> Poker
=> Bandar Poker
=> Domino99
=> BandarQ
=> AduQ
=> Sakong
=> Capsa Susun
=> Bandar 66
=> Perang Baccarat (NEW GAME)

=> Bonus Refferal 20% (x2,x3)
=> Bonus Cashback 0,5%
=> Minimal Depo 10.000
=> Minimal WD 20.000
=> 100% Member Asli
=> Pelayanan DP & WD 24 jam
=> Livechat Kami 24 Jam Online
=> Bisa Dimainkan Di Hp Android
=> Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
=> 1 User ID 9 Permainan Menarik

Info Lebih Lanjut Hubungi Pihak Cs DamQQ Melalui :
Daftar : Daftar DamQQ
Website : DamQQ
Whatsapp : +855885578926
Line : DAMQQPOKER

Id Hoki PokerV said...

ID HOKI POKERV Merupakan Akun ID HOKI 100% Keberuntungan

Yuk Buruan ikutan bermain di website DamQQ

Sekarang DAMQQ Memiliki 9 Game terbaru Dan Ternama Yaitu :
=> Poker
=> Bandar Poker
=> Domino99
=> BandarQ
=> AduQ
=> Sakong
=> Capsa Susun
=> Bandar 66
=> Perang Baccarat (NEW GAME)

Serta Memberikan Pelayanan Dan Bonus Menarik Di Antaranya :
=> Bonus Refferal 20% (x2,x3)
=> Bonus Cashback 0,5%
=> Minimal Depo 10.000
=> Minimal WD 20.000
=> 100% Member Asli
=> Pelayanan DP & WD 24 jam
=> Livechat Kami 24 Jam Online
=> Bisa Dimainkan Di Hp Android
=> Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
=> 1 User ID 9 Permainan Menarik

Info Lebih Lanjut Hubungi Pihak Cs DamQQ Melalui :
Daftar : Daftar DamQQ
Kunjungi : Trik Jitu ID HOKI POKERV
Whatsapp : +855885578926
Line : DAMQQPOKER

Unknown said...


DINASTI POKER
- Agen Poker, Agen Domino99, Bandar Poker Online, Agen Domino, Agen Perang Baccarat Online, Bandarq Online, sakong online, bandar 66 terpercaya dan terbaik di Indonesia. Mainkan 9 games dalam 1 user name. Minimal depo 10 ribu, minimal wd 20 rb. Bonus cashback 0,5 % (tanpa batas) & referall 20%. Kini Dinasti Poker menerima Deposit pulsa via Simpati, OVO, GOJEK, Tcash, dsb.

Customer Service sopan dan super respon 24 jam non stop.
* No Robot.
* Real Fair Play 100%.
* Proses Deposit dan Withdraw Tercepat.
* Live Chat Responsif 24 jam.
* Support 6 Bank Nasional dalam transaksinya : BCA,BNI,BRI,MANDIRI,DANAMON, & CIMB NIAGA
* Jangan berpikir dua kali, Daftar sekarang juga dan raih kemenangan sebesar-besarnya ^_^


Info Lebih Lengkap HUB:

* WA : +855717554423
* WA : +855975205688

DINASTIPOKER - aduq Online, agen domino99 , agen poker online uang asli terpercaya di Indonesia


PEMAIN KASINO merupakan situs agen judi casino online, baccarat online, roulette online, sicbo online, dragon tiger online, slot games resmi Indonesia yang menggunakan uang asli dengan deposit termurah dan terpercaya seIndonesia. Proses withdraw mudah dan cepat, daftar sekarang juga dan menangkan permainannya!

https://escr3vi.tumblr.com/

Games Live Casino :
* Baccarat * Roulette * Sic-bo (Dadu) * Dragon-Tiger * Slotgames * Sabung Ayam * Sport Book
Segera bergabung & Nikmati Promo Bonus Menarik dari PEMAINKASINO
* Bonus CASHBACK MINGGUAN 5% - 10% * Bonus ROLLINGAN 0.8% AUTO masuk ke akun. * Bonus REFERRAL 1% ( jika tidak dimainkan)

Untuk info lebih lengkap, silahkan hubungi :

* Whatapp : +855962390270
* Wechat : pemainkasino88
* LINE : pemain.kasino88

PEMAINKASINO AGEN JUDI CASINO ONLINE TERPERCAYA SEINDONESIA