Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.
Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria.
Kalendar yang digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.
Kenapa Wujudnya Tahun Lompat?
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa.
Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul
tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar
365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim
Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.
29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya
ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29
Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan
berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat
tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.
Kaedah Mengetahui Tahun Lompat
Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar
seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat
kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun
2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300
bukanlah tahun lompat.
Contoh 1:
Tahun:
2012 ÷ 4 = 503
2016 ÷ 4 = 504
2020 ÷ 4 = 505
Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4,
hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik
perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun
lompat.
Contoh 2:
Tahun:
1999 ÷ 4 = 499.75
2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5
Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4,
hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan
2010 adalah bukan tahun lompat.
Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000
jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.
Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun
lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun
2000 adalah tahun lompat.
kredit: http://lamanfalak.blogspot.my/2012/03/siri-31-tahun-tahun-lompat_14.html
No comments:
Post a Comment