Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012







Dulu aku tertanya-tanya juga apa itu earth hour. Dalam tahun 2008 baru aku tahu rupanya Earth Hour tu bermaksud negara-negara yang menyertai dan menyokong kempen ini akan menutup segala lampu atau lebih dekat lagi semua bekalan elektrik akan di padamkan pada jam 8.30malam hingga 9.30 malam pada salah satu hari di dalam bulan Mac.

Untuk tahun ni Earth Hour pada 31hb Mac 2012, bermula pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.


earth hour


earth hour
KLCC juga menyertai Earth Hour pada setiap tahun

earth hour
Suasana Bandaraya KL semasa Earth Hour 2011




Dalam kita menyertai kempen Earth Hour ni biarla berpada-pada. Aku tengok disesetengah tempat pelbagai sambutan berlebihan di adakan pada malam earth hour.

Ada juga aku terbaca pendapat menyatakan Earth Hour ni satu konspirasi. Itu aku tak pasti sebab baru terbaca satu dua artikel berkaitan hal ni. Mungkin ahli akademik atau majlis fatwa boleh memberi pandangan mengenai kempen ini. Semasa sambutan kempen earth hour banyak lilin akan digunakan. Ada berpendapat lilin yang diperbuat dari hydrocarbon yang lebih menyumbang kepada greenhouse gas dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik. Untuk pendapat ni aku No Comment sebab tak arif sangat. Mungkin kita boleh menganggap earth hour ni sebagai satu kempen untuk menjimatkan elektrik dan mengurangkan faktor pemanasan global (ada juga pendapat yang menyatakan global warming ni satu konspirasi). Ada juga yang berpendapat bukan disebabkan oleh manusia secara jelas tetapi disebabkan oleh faktor semulajadi setiap berapa ratus dekad sekali. Sekali lagi aku No Comment. Kena lebih banyak membaca ni.

Apa-apa pun dan bila-bila masa jua kita kena sentiasa menjaga dan memelihara alam sekitar kita untuk kepentingan bersama. Kita ada akal jadi gunakan dengan sebaik mungkin. Amalkan apa yang baik dan jauhkan apa yang buruk dan di larang oleh agama kita.


18 comments:

kura said...

oh. konspirasi rupanya EH ni. baru tahu. hehehh

eLL said...

kura: konspirasi tu x pasti.. tapi ada terbaca artikel mengenai itu. Tapi kalau kawan2 ada info bleh la kongsi di sini..

✿ cik pieQa ✿ said...

oohhhh thnks fo the info.

slalu jugak aku join maen gelap2 nie kt unimas.

org lain buat sejam je, tp aku berjam smpai pg esok.

tidur gelap2 kn, sape tak suke.... :)

Aien Not Alien said...

ada juga terjumpa artikel berkenaan konspirasi...samalah kita NO COMMENT~


kita tak payah tunggu earth hour, selalu je nak jimat tenaga tutup lampu2 yang tak digunakan...kalau duduk kat ruang tamu maka ruang tamu jelah yang meriah dengan lampu-lampuan...haha

eLL said...

cik pieqa: tido dalam gelap mmg seronok syahdu jer.

aien: betul tu. gunakan tenaga elektirk dengan berhemah. tak perlu tunggu satu hari utk bergelap setiap jam. setiap hari kita boleh menjimatkan penggunaan elektrik. kita ambil saja kebaikan dari EH dan yg buruk tu cuba elakkan.

Mohammed Faizal said...

earth hour kembali lagi...
aku tak nampak pun kelebihan
program kali ni...
pernah gak join...

Diari Si Froggie said...

kalau asyik pikir konspirasi je tak kemana la kita kan.. yg baik kita ikut yg buruk kita tinggalkan.. memang malam earth hour bandar kl gelap je...ada sesetengah je bangunan yg terang. Kalau buat setiap bulan pun ok..hehe

eLL said...

mohamad faizal: kita anggap kebaikan kempen ni utk mengajar kita supaya menggunakan letrik secara berhemah

aida: betul tu. kalau fikir semua konspirasi pening jugak. apa yg penting kita sendiri kena nilai mana yg baik mana yg buruk.

el said...

ermmm jenuh earth tahun lepas..anak2 meraung kegelapan..last2 bukak tv..muahahahaha

hope kali ni nak buatlah
nk beli lilin byk2 hahaha ntah jd ke idok..depend pd anak2 hahahaha

Thomas Lee said...

dah 2 mlm berturut2 saya Earth Hour pasal blackout supply TNB.

Unknown said...

pernah gak joint...tapi tak lama..anak masih nak main..meraung srh pasang lampu..hehhe
tq share info..

ALICE said...

tomorow kew?

Mia Liana said...

tahun mia joinnnnn.. siap wat entri lagi kami bergelap di rumah...

tahun ni join jugaaaaaa....

eLL said...

el: hehehehe...saya pun pernah join earth our tutup semua lampu tp tv bukak..hehhehehe. masa tak dak anak dulu pernah jugk join duduk pejam celik pejam celik dalam gelap sedar2 terlena dah pukul 12 baru terjaga

thomas: u lagi cepat mula kempen..

izan mama mia: bdk2 tak selesa duduk dlm gelap sbb dah biasa cerah. anak ell pun sama kdg2 pandai pulak dia cakap takut antu..terus marah dia apa hantu2, mana ada hantu (padahal mak dia pun penakut jgk :p)

alice: yes 31/3

mia: nanti buat entry yer mesti ada banyak cerita dan gambar menarik

Koding said...

Pengurangan pembakaran bahan api fosil adalah matlamat Earth Hour...

caliph shuriken said...

ikut yg elok, tinggal yg x elok ^^

Eein Azryn said...

salu ikot. best gak duduk gelap2. ^^

Unknown said...

abg mmh dh off....sbb x dak kat rumah tadi hehe