Sunday, November 29, 2009

Pemilik Bersama (Blog ni aku punya juga ler)

Hai kawan2 I'm Here. Ni aku tumpang jer tanah halaman org. Tuan tanah ni suami terchinta (Dlm blog ni aku namakan dia Mr. Hubby). Sapa suruh dia buh nama villa dia ni Aku (Tu dia ler, Dunia (Dunia ada satu jer..dah dunia dia dunia aku ler juga) & seluruh isinya (aku compom la ada dalam jiwa, diri & dunia dia...aku yakin? mestila kalau tidak siap dia). Lamanya aku tak aktif di arena cyber nih...rasanya hampir 3 thn. Hanya menjadi pemerhati dari jauh...Sebab apa yer aku dah tak aktif? Keja? Aku keja apa yer yg busy giler tu..Nak kata manager...asisstant manager pun tak der bayang2..Walaupun aku ni pencacai yg terhormat tp aku redha. Tukar keja? Ada gak niat tapi belum ada yang menarik (better offer la kalau omputih nyer)
Tapi 3 thn tu aku rasa macam sekejap jer. Dalam aku sibuk-sibuk dgn keja mcm2 juga peristiwa yg terjadi dalam hidup ni ada yg menarik, happy dan sedey. Kadang2 aku rasa macam mencabarnya nak berhadapan dengan pilihan aku berhijrah ke KL. Tp demi kasih ku pada Mr. Hubby terchinta aku kuat kan semangat. Aku rasa kalau dia takder di sisi aku pun dah lama cabut balik Kedah. Aku dapat bersama Mr. Hubby tp half of me kat kg pulak sakit. Bermula dengan tok sebelah ayahku sakit, selepas tok wan sebelah mak dan last sekali tok sebelah mak. Dlm masa 2 thn aku kehilangan 3 org yg ku sayangi. Semua insan2 ini yg banyak membentuk dan mendidikku sehingga menjadi aku yg sebegini (yg mcm korang kenal aku la). Semua insan ini very supportive & banyak motivate aku dlm hidup. Boleh kata 2 minggu sekali aku balik Kedah. Ada gak setiap minggu. Sib baik la FAMA ada gak bg sponsor, kalau dak parah gak aku. Tp aku tak fikir semua tu yg penting aku balik Kedah. Sebahagian dari jiwa aku di sana. Thank to Mr. Hubby yg byk bg moral support.
Lepas raya Aidilfitri 2008, tok (sebelah mak) aku meninggal, aku baru masuk keja Mr. Hubby call bgtau berita sedey nih..Aku betul2 rasa kehilangan dan sunyinya hidup aku ni. Tp Allah Maha Besar dalam aku sedih dan dlm aku cuba pulihkan semangatku, aku sendiri dikejutkan dgn berita aku pregnant. Pregnant? 3 kali gak aku buat test, mcm tak percaya. Sib baik Mr. Hubby aku penyabar (dari segi emosi & kos...hehehe). Aku happy, terkejut & sedih pun ada sbb tok2 & wan tak sempat nak tengok cicit pertama diaorg. Dlm masa 2 thn tu kerana terlalu sibuk aku & Mr. Hubby kdg2 terlupa pasal nak mempunyai anak sendiri. Walaupun kdg2 terfikir juga kami bila kami akan mempunyai anak sendiri. Tp kerana pelbagai urusan (kerja & keluarga) soalan tu tiada jawapan. Dan kami terlupa. Semua happy dgn berita ni.


No comments: