Thursday, January 10, 2013

Thank You Nuffnang

Tengok tajuk ja korang mesti dah tau entry apa aku nak buat ni kan...





Sebab bagi aku bonus di minggu pertama 2013. 
Hasil daripada aku berblogging untuk beberapa bulan. 
Hasil dia sederhana saja. Mana mampu lawan blogger-blogger otai yang lain. 
Apa-apa pun terima kasih. 
Nanti kasi lagi yer.
Thank you juga sebab selalu bagi BE kat blog aku nih..
Nanti kasi lagi banyak-banyak yer..




Sunday, January 6, 2013

Motherhood




Entry pertama untuk tahun 2013.

Aku tertarik dengan entry Dr. Halina tentang motherhood. Tetiba rasa nak buat entry pasal motherhood juga. Hehehehe...

Motherhood is a choice you make everyday to put someone else's happiness and well-being ahead of your own.

Walaupun setiap hari kelam-kabut saja. 
Belum sampai pejabat dah letih, macam mana tu. 




Tapi...Setiap ibu atau wanita itu adalah SUPER POWERS
Seorang ibu boleh buat pelbagai perkara dalam satu masa.
Sambil berjalan ke tandas, seorang ibu masih sempat mengemas barang mainan yang bertaburan di atas lantai dan masih sempat ke dapur untuk mencuci cawan minuman yang kotor.  


Ada yang berkata jika kita seorang wanita, kita perlu.....
Korang setuju??? hahahahaha...
Seronok kalau jadi bos kat rumah...ehhhh kalau jadi bos kat rumah nanti orang panggil QUEEN CONTROL macam mana????
Fikir dan nilai sendiri mana yang terbaik. 


To all moms...
Untuk yang kawan-kawan juga. Nanti kalau datang bertandang tu faham-faham lah yer kalau yang ada anak kecik tu memangla rumah kadang-kala macam berselerak sikit (...kadang-kadang tu banyak kot). 
Setiap hari mengemas. Tapi sekejap saja dan berselerak balik. 
Ayah Azim cakap bila kita nak naik STAR CRUISE ni, hari-hari kita naik TONGKANG PECAH saja (...adoiiiii) hahahaha sekarang dia dah rasa sebab apa aku selalu bising sambil kemas rumah (hahahaha ...mulut ni memang suka bercakap. kalau aku tak bercakap tu maknanya something wrong same where)


The ABC's of Good Mom


Apa-apa pun penat ni akan hilang bila terpandang muka anak. Senyuman dari suami dan anak-anak bila sampai di rumah buat segala penat dan lelah hilang.














Friday, December 28, 2012

Mengai atau memancing



Mengai tu samalah maksud dengan memancing. Dah lama dah ayah Azim duk ajak ikut p mengai ni. Tp aku memang macam tak boleh nak layan aktiviti ni. Orang yang mengai seronok lah layan rod dia. Kita yang duk menunggu ni macam tak tau nak buat apa. Nak tumpang mengai sekali satgi mesti berebut dengan Azim. Risau pulak aku kang rod kemana aku dan Azim ke mana. 

Setelah dipujuk-pujuk akhirnya aku terpujuk juga sebab kesian pulak sebab dah lama duk ajak mengai kat tali air kawasan bendang. Sekarang ni kat area rumah aku memang macam pesta kat area bendang tu. Sebelum ni pun aku pernah buat entry pasal hobi orang kawasan Jitra ni apabila hampir tiba dan semasa musim menuai.

Aku dengan Azim lepak dalam kereta ja. Dalam sejam jugak duk tunggu ayah Azim mengai tu. Hasil? Tak dok....hahaha..kena balik beli kat pasar lah. Tp oklah sekurang-kurang ada orang tu dapat lepaskan gian nak pegang rod.





Cantik pulak warna biru awan tu