Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, March 20, 2016

Kek Carrot Moist Mudah

Sekarang cuaca di Kedah sangat panas. Di kawasan Jitra ni kadang-kadang suhu mencapai sehingga 39 darjah celcius. Nak keluar waktu siang memang sangat malas. Panas berbahang dan perit rasa kulit.

Memandangkan cuti sekolah, hero kecik tu mulalah kejap-kejap lapar dan minta makan. Bosan gamaknya asyik berkurung dalam rumah. Panas sangat kat luar tu nak. Tak sesuai untuk outdoor activities. Dalam bosan dan lapar tu tetiba terhasil lah kek carrot mudah ni. Saja cuba-cuba ubah suai kek mentega biasa tu menjadi kek carrot. Tapi Alhamdulillah, cubaan berjaya. Terus rasa nak share dengan kawan-kawan. 

Bahan-bahan pun mudah sahaja dan sentiasa ada stok dirumah. 


Jom tengok hasil kejadiannya dahulu


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan A
2 biji telur 
3/4 cawan minyak jagung/mentega/butter yang dicairkan
3/4 cawan gula castor

Bahan-bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan-bahan C
1 1/4 cawan carrot yang telah diparut
1/2 cawan kismis/buah-buahan kering yang dicincang (optional)
1/2 cawan badam/walnut/kekacang (optional)

Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan A dan adunkan menggunakan mixer sehingga kembang,
2. Masukkan bahan-bahan B dan gaulkan sehingga bersatu. 
3. Campurkan adunan tadi dengan bahan-bahan C.
4. Oleskan bekas pembakar dengan minyak/mentega/butter. Pada masa yang sama panaskan oven.
5. Tuang adunan ke dalam bekas untuk membakar.
6. Bakar adunan pada suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Yang ni korang kena tengok-tengok juga sebab kadang-kadang lain oven lain masa dan suhu yang digunakan. 

Selamat mencuba! 

Mudah saja. Rasanya enak. Kalau korang rajin boleh tambah cream cheese. 

Sunday, December 6, 2009

Pemilik Bersama - Kuih seri Muka


Selalu ada angan2 nak buat kuih seri muka. Tapi bila sampai masa..Emmm..beli jelah..Pemalaskan..Tapi buat sendiri sedap memenuhi citarasa. Sebenarnya tuk seri muka ni aku suka kalau kepala dia tu betul2 guna pati pandan asli (air daun pandan) tambah dgn skit serbuk kulit kayu manis. Uihh..aku boleh bayangkan rasa tu...
Dah lama aku tak buat sendiri kuih ni. Masa kat kg jer aku buat itu pun dengan seliaan mak atau tok. Kalau aku buat sendiri betul2 jadi ker?
Pada siapa-siapa yang nak cuba bleh try resepi kat bawah. Tu anggaran jer. Cubala...Pada kawan2 tu kalau dah buat tu hantarla sepotong dua kat kami.

Bahan-bahan (KUIH SERI MUKA)

Bahan lapisan bawah:-

  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan
  • sedikit serbuk kulit kayu manis
Cara-cara
  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. Dan toskan beras pulut.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Untuk lapisan atas:-
  8. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
  9. Masukkan santan bersama sedikit garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  10. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung serta secubit serbuk kulit kayu manis ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Tapis adunan sebelum di tuang ke atas pulut.
  11. Kukus dgn api sederhana