Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

KFC zinger double down







Korang dah pernah cuba?
Siapa2 yang suka makan ayam goreng mesti akan suka
Tapi aku kurang suka, aku lg suka zinger burger yang ada roti tu
Minggu lepas masa balik dari kelas
Kelam kabut aku nak bersilat di dapur untuk prepare dinner
Tetiba ayah Azim cakap tak payah masak kita makan KFC nak dak?
Aku ni kalau makan semua ok jer tambah pulak orang belanja mesti nak
Take away jer, makan kat rumah la best sebab boleh makan dengan santai sambil bergolek2 depan TV
Punya tamak beli sorang satu
Baru makan setengah dah pandang memandang
Boleh pulak pegi ambil roti
Lepas makan terus pening..Huhuhu
Kesimpulannya lepas ni kalau nak beli, sila beli satu dan kita berkongsi yer
Kongsi boleh berjimat dan menambahkan kasih sayang 
Boleh kesitu pegi nyer
Tapi pada yang memang suka makan ayam goreng 
Mungkin ini menu yang sepatutnya menjadi pilihan anda




Saturday, April 21, 2012

Sarapan Di Mana?

Korang sarapan di mana pagi ni? Pada yang berada di sekitar dan berdekatan Alor Setar jom kita bersarapan di Kopitiam di bekas tapak stesyen bas lama Alor Setar bersebelahan Bangunan Ukir. Berdepan dengan Wisma PKNK.

Sang suria berselindung disebalik bangunan (hehehehe)

Mungkin ada di antara korang yang dah pernah sampai sini. Tapi bagi aku inilah kali pertama. Duk dengaq orang cerita ja. Kebetulan semalam saja jer ronda-ronda cari makan breakfast kat luar. Fikir punya fikir so kami decide untuk makan kat sini.


Tempat dia memang luas. Ruangan parking pun banyak. Tapi kalau hari bekerja tu mungkin parking kurang sikit. Sebelum ni kopitiam ni dibuka kat tapak Sekolah Convent lama yang dekat dengan Menara Alor Setar.

Kalau pasal pilihan makanan memang cukup banyak. Cakap jer apa yang korang nak makan boleh dikatakan kebanyakan menu kegemaran ramai ada sini. Ada dalam 30 gerai jugaklah. Selera melayu, cina, india, selera utara, barat dan timur. Yang aku terkejut tu ada jual pasembor, popia dan Mee Abu di pagi hari. Mee Abu ni kalau korang nak tau cukup femesla untuk orang sekitar bandar Alor Setar ni. Kena pulak haritu keluar surat khabar kata Yang Dipertuan Agong suka makan Mee Abu lagi lah bagi tumpuan nak cuba Mee Abu. Mee Abu ni yang best stail dia goreng satu-satu pinggan. Tapi lama sikitla kena tunggu.

Sampai-sampai jer tengok orang dah ramai

Ada Unan Roti John. Katanya resepi yang sama dengan roti john kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Pada pandangan dan selera aku, aku rasa yang di Alor Setar ni sedap lagi. Tapi kalau kat Taman Warisan Pertanian tu orang dia memang beratur panjang terutama masa bulan puasa. En. Asben selalu buat tak layan kalau aku pesan roti john Taman Warisan Pertanian. Kalau tak salah kat pasar malam Taman Sri Gombak pun ada cawangannya

Inilah rupa roti john Unan tu. Rasa dia mebeles. Sos letak tepi sebab Azim boleh makan sekali. Saiz kecil RM2.50 dan saiz besar RM3.50

Ini pun best jugak. Jemput-jemput pisang a.k.a cucoq kodok
12 biji RM 1. Boleh katakan setiap meja mesti beli cucoq kodok. Kami pun dua kali beli juga

Roti Canai. Menu yang di mana-mana pun ada. Cuma bezanya sedap atau tak jer. Kami tak beli roti canai. Gambar ni ambik kat meja orang sebelah. Hehehehe

Cucur udang RM2

Mee kari RM3.50

Roti jala pun ada

Air kami teh tarik, milo ais dan air kosong. Harga semua RM3.80

Ada 4-5 gerai yang buka pada waktu tengahari hingga malam. Gerai mee udang, nasi arab, western food dengan tom yam dan menu goreng-goreng





Monday, April 16, 2012

All Time Favourite

Hari-hari mesti fikir nak makan apa dan nak masak apa?
Persoalan yang aku rasa tak der kesudahannya..Huhuhu..
Dalam banyak-banyak menu ada dua menu yang sentiasa menjadi pojaan kami suami isteri.

Menu pertama

Nasi putih panas-panas

Telur mata kerbau + kicap + bawang besar digoreng layu

Nak lebih kick ada cili + kicap

Memang mudah dan membuka selera kan. Balik keja terus masak nasi. Sambil potong bawang dan zass goreng telur dan bawang. Lepas tu boleh bersihkan diri, sembahyang dan kemas rumah sikit-sikit. 10 minit nasi masak dah boleh makan. Senang dan mudah kan. Hehehehe...Boleh makan bertambah ni.

Menu kedua yang memang menjadi all time favourite menu kami adalah


Nasi panas-panas

Telur dadar

Sambal sardin

Kicap + cili padi untuk kasi lebih kick

Kecur liur pulak tengok gambaq-gambaq makanan nih..

Kadang-kadang kalau malas nak makan nasi, menu inilah yang menjadi pilihan.

Makan dengan roti bakar









- gambar nasi, telur dan sardin ehsan pakcik google

Sunday, April 15, 2012

Pizza Hut - Kids Eat Free Everyday

Minggu lepas bawa Azim pi makan pizza hut. Ibu dia yang nak makan pizza guna alasan anak. Dalam banyak-banyak jenis pizza aku lebih suka dominos dan canadian pizza. Tapi sekarang ni dah beberapa kali aku makan pizza hut aku rasa ada improvement dari segi rasa dan roti dia. Syabas yer untuk pizza hut sebab anda cuba mempertingkatkan kualiti dan mutu pizza anda.

Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Nak cerita pasal pizza hut sekarang ni buat promosi kids eat free everyday. Wahhh...seronok tak dengar? Seronokkan. Sekarang ni pizza hut pun dah buat macam Chilli's dan Tony Romas jugak dah.






Pizza saiz personal bersama satu mug air soya. Kalau untuk kids dua orang makan pun cukup ni.

Term and condition berkenaan promosi ni:

- Every RM20 spent entitles you to 1 Kids Eat Free meal.
- Limited to 1 meal per kid.
- It’s valid for kids below 8 years old or below 120cm in height.
- For dine-in only.


Menu nyer ada pasta carbonara, bolognese , pizza ada 2 types (chicken and tuna), meatballs dan air yang diberikan adalah air soya.


Masa kami makan kat Pizza Hut kat Alor Setar (bekas tapak panggung wayang cathay) haritu service dia adalah slow sangat. Selepas 10 minit duduk masih tak dapat menu. Walaupun masa tu hanya ada 3 meja yang ada customer dan aku tengok semua sedang menikmati hidangan. Lepas tu pulak masa serve menu tak check balik apa yang kita order. Ada yang pesanan yang tertinggal.Aku tak kisah sangat tapi hopefully diaorang buatlah kerja setanding dengan cukai yang dikenakan kepada pelanggan.

Azim dah boring. Tapi nasib baik mood masih terkawal.


Lama sangat tunggu..Habis pinggan ngan sudu di bungkus Azim.