Korang suka makan donut tak? Aku biasa-biasa jer. Nak kata favourite tu tak juga tapi selalu juga terbeli donut ni. Tambah-tambah bila Azim agak gemar makan donut jadi selalu juga ler kitaorang ni membeli donut. Tapi aku lagi suka kuih keria (donut malaysia). Ala yang buat dari ubi keledek tu dan disalut dengan gula yang dimasak tu. Tapi yang tu tak elok makan selalu sangat, manis tu.
Siapa agak-agaknya yang memperkenalkan resepi donut di Malaysia yer. Kalau search di internet sejarah donut yang diceritakan hanyalah dari Negara Uncle Sam (Amerika Syarikat), kadang-kadang terfikir jugak. Kang kalau aku tanya soalan macam ni kat Encik Asben pasti dia jawab dulu belajar dalam silibus tak dak pulak dia ajar buat donut. Kadang-kadang bila dia geram kat aku yang suka tanya soalan pelik-pelik (selalu aku akan tanya dua tiga soalan sehingga puas hati) mesti dia jawab isk..dia ni suka la tanya soalan pelik-pelik, manalah orang tau (sorry yer bang, u kan sumber rujukan ai).
Hasil dari pembacaan dan pencarian di internet donut terdapat di setiap negara. Cuma bahan yang digunakan dan nama yang agakberbeza. Donut yang kita jumpa selalu berbentuk bulat dan ada lubang di tengah (ring doughnut), bulat ada inti di dalam (filled doughnut) dan yang jenis panjang. Dulu masa kecik-kecik aku ingat donut ni bentuk dia yang macam cincin tu ajer, rupanya ada dua tiga jenis rupa bentuk donut ni.
Bagi aku, aku lebih suka yang bentuk cincin. Yang bulat berisi kat dalam tu aku kureng sikit. Kat Malaysia ni kalau nak makan donut aku rasa bila-bila masa dan di mana sahaja. Dari semurah sekupang (tempat aku ada lagi donut 10 sen tau, tapi saiz dia kecik la..hehehe) hingga ke RM 2 lebih.
Inilah kuih keria. Tempat korang nama apa kuih ni?
Donut yang boleh dijumpai di merata-rata tempat. Ada yang lembut gebu dan ada yang keras
Dunkin Donut
Big Apple
Cakoi ni kategori donut juga ker? Makan panas-panas sedap nih.
Mana satu jadi pilihan hati korang?






