Tuesday, April 6, 2010

Kanser : DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


DurianBelanda



Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


pokok durian belanda








Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Friday, April 2, 2010

Pemilik Bersama - Hati-hati Gelombang Ke-2 Influenza H1N1

Pagi-pagi ni sebelum pegi antar Azim kat rumah pengasuh sempat lepask2 depan TV tengok Rancangan Tanyala Ustaz (pengisian rohani untuk memulakan hari ini). Pastu sempat juga tgk kejap Nasi Lemak Kopi O.

Mula-mula pengumuman mengenai kematian mentor untuk raja lawak - Din Beramboi akibat virus dari kencing tikus. Al-fatihan.

Pastu pengumuman peringatan kepada warga Malaysia mengenai gelombang ke-2 H1N1. 3 buah sekolah di Langkawi di tutup dengan kira-kira 300 pelajar menunjukkan tanda-tanda influenza.


H1N1
gambar pakcik goggle

So kepada kawan-kawan semua marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita sekeluarga. Terutama preggy mom, yg ada anak kecik & kumpulan berisiko tinggi. Elakkan dari pergi dan bersesak-sesak di tempat tumpuan ramai.

Amalan mencuci tangan dan kebersihan diri perlu diberi penekanan dan keutamaan sekarang.

Dulu masa gelombang pertama aku nak bersalinkan Azim. Masa dalam pantang gi klinik untuk check up boleh katakan semua org bertopeng muka. Masa tu juga bulan ramadhan, tapi alhamdulillahlah di kawasan kg halaman aku banyak juga yg mempunyai kesedaran memakai topeng muka ke bazar ramadhan.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua beserta keluarga dan rakan-rakan sentiasa sihat dan mendapat perlindungan dari Allah. Semoga virus ini tidak merebak di negara kita.




Thursday, April 1, 2010

Pemilik Bersama - Kepuasan Bekerja

Bagi aku kepuasan bekerja tu penting. Kalau gaji lumayan kepuasan tak ada tak best juga.

Bagi aku kerja & keluarga kena seiring. Ada masa kita lebihkan kerja, bila keperluan terhadap keluarga tidak mendesak. Tp bila ada keperluan terhadap keluarga, iaperlu diberi keutamaan.

Ada satu artikel yg aku rasa nak share dgn korang semua:

source: www.motivasialihanpelajar.com

Mencari dan memilih satu kerjaya yang kita mampu cemerlang bukannya satu perkara yang mudah. Sebab itulah ramai orang bertukar tempat kerja dan bertukar kerjaya setelah beberapa tahun menceburinya. Sekiranya kerjaya yang dipilih itu bersesuaian dengan minat maka potensi untuk cemerlang itu besar. Begitu juga apabila organisasi kita bekerja itu sebuah organisasi yang sejiwa dengan kita maka potensi untuk kita kekal lama disitu pastilah besar. Kecemerlangan dalam kerjaya bermula dari peringkat awal pemilihan sesuatu kerjaya itu sendiri. Ketepikan soal gaji dalam memilih kerjaya sebab ia bukan faktor utama anda kekal disesuatu tempat kerja. Malah tidak ada gunanya gaji yang lumayan sekiranya anda tidak punya masa untuk aktiviti yang lain dan diperah habis-habisan umpama santan kelapa. Memang gaji itu penting sebagai sumber pendapatan tetapi ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada keseronokan bekerja.

Sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk bertukar kerja atau menerima tawaran kerja maka lebih baik anda ketahui terlebih dahulu apakah yang sebenarnya yang dikatakan kepuasan bekerja.

Berikut adalah perkara yang dicari oleh seorang yang bekerja mengikut turutan keutamaannya:

1. Komunikasi Terbuka. Sebagai pekerja kita lebih suka sekiranya apa jua masalah di tempat kerja dapat diselesaikan segera dan wujudnya komunikasi dua hala. Bukan sahaja majikan boleh menegur kita tetapi mereka juga terbuka dalam menerima pandangan dan teguran kita sebagai pekerja. Sebab kerapkali kita yang bergelumang dengan tugas-tugas rutin seharian ini lebih arif dan lebih tahu tentang masalah yang wujud dan bagaimana untuk mengatasinya. Malangnya, apabila majikan tidak menerima pandangan maka kita rasakan seolah-olah kesungguhan kita untuk melihat syarikat maju tidak dipedulikan. Sebab itulah komunikasi terbuka itu penting dan merupakan perkara paling utama dalam bekerja.

2. Bidang Tugas. Ramai mereka yang berhenti kerja kerana merasakan tugas yang diberikan tidak seiring dengan minat serta kecenderungan mereka. Mereka tidak puas dengan apa yang dihasilkan kerana mereka tahu bakat dan kebolehan tidak disalurkan sepenuhnya disebabkan bidang tugas yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlu menilai semula adakah bidang tugas yang kita pikul itu adalah betul. Ramai mereka yang cuba mencari pekerjaan lain gagal mengenalpasti bahawa inilah punca masalahnya dan akhirnya sering bertukar majikan. Cubalah berbincang dengan majikan tentang bidang tugas anda agar anda mampu berikan yang terbaik kepada mereka.

3. Kebebasan Menjalankan Kerja. Tiada siapa pun yang seronok kalau setiap pergerakan mereka dipantau dan diperhatikan oleh orang atasan atau majikan. Oleh itu kalau mahu bertukar kerja pastikan anda bebas menjalankan kerja. Yang penting semuanya beres sebelum atau pada masa yang telah ditetapkan. Pekerja biasanya rimas apabila setiap hari ditanya tentang tugasan yang diberikan seolah-olah majikan tidak mempercayainya mereka.
4. Jaminan Kerja. Kenapa ramai orang suka bekerja dengan kerajaan? Sebabnya ialah jaminan kerja yang diberikan serta adanya duit pencen disamping insentif-insentif yang lain. Sebab itulah ramai orang memilih jaminan kerja sebagai salah satu perkara yang penting dalam memilih kerjaya. Sekiranya anda bekerja dengan organisasi yang tidak mampu memberikan jaminan tentang masa depan anda maka usah bimbang. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat kerja dengan cara yang terbaik dan bina reputasi cemerlang. Dengan reputasi hebat maka organisasi pasti bimbang akan kehilangan anda. Malah dengan reputasi hebat tidak sukar untuk anda mendapat pekerjaan di tempat lain.

5. Rangsangan Kerja. Pekerja suka bekerja dalam suasana yang kondusif, harmoni dan wujud sikap bantu membantu antara satu sama lain. Ini membantu motivasi diri mereka. Kerja-kerja rutin apabila sampai satu tahap akan membosankan dan majikan yang baik biasanya akan membuka peluang untuk seseorang pekerja itu untuk melakukan tugas-tugas yang lain pula bagi mengelak kebosanan ini.

6. Faedah lain dan insentif. Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan sebagainya merupakan antara perkara yang juga diambilkira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja. Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai.

7. Waktu kerja yang fleksibel. Ada orang seronok bekerja disesebuah organisasi kerana waktu kerjanya fleksibel. Maksudnya mereka boleh masuk awal dan pulang awal atau masuk lewat dan pulang lewat. Mereka boleh tinggalkan seketiga tugasannya kerana ada urusan peribadi atau urusan keluarga yang penting dan menggantikan waktu kerja itu dengan waktu yang lain. Yang penting bagi mereka setiap tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang diberikan.

8. Peluang untuk maju. Bagi ramai pekerja mereka sentiasa memikirkan tentang masa depan mereka. Apabila mereka rasakan bahawa peluang untuk maju dalam kerjaya itu tiada maka mereka mula merasa bosan dan berfikir untuk bertukar kerja. Anda perlu sekurang-kurangnya tiga tahun bekerja disesebuah organisasi untuk menilai sejauh mana majikan menilai sumbangan anda. Sekiranya selepas tiga tahun segala-galanya sama sahaja maka berbincanglah terus dengan pihak atasan. Sekiranya mereka tiada perancangan untuk masa depan anda maka tidak salah untuk anda mencari kerja yang lain.

9. Gaji dan upah. Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya, malah gaji dan upah duduknya pada tangga yang kesembilan. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk diri sendiri. Gaji dan upah lumayan hanyalah hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan bukannya jangka panjang.

10. Saiz organisasi. Kebanyakan pekerja tidak mementingkan sangat saiz organisasi tempat mereka bekerja. Ada yang sukakan organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai tetapi ada pula yang lebih senang dengan saiz organisasi yang kecil dengan pekerja kurang dari 20 orang. Ada yang suka bekerja dengan organisasi yang mempunyai nama yang gah seperti Telekom, TNB, Utusan, Proton dan sebagainya. Tetapi ada pula yang mahu bermula dengan organisasi yang kecil dan mahu berkembang maju seiring dengan organisasi tersebut. Apa sekalipun, kepada kebanyakkan orang, saiz organisasi bukanlah penyebab utama mereka memilih sesuatu pekerjaan.