Sunday, April 29, 2012

Kapal Terbang Kertas

Korang pernah main kapal terbang kertas? Pandai tak buat?
Aku suka juga main kapal terbang kertas. Duduk-duduk saja ada kertas lipat-lipat pastu main-main. Best jer kan. Sekarang ni lagi best sebab aku baling dia pastu suruh Azim pegi kutip.

Zalim ker? Mana ada, aku main-main ngan dia. Dia tak pandai nak terbangkan lagi kapal terbang tu jadi bila dah landing mesti lah Azim yang akan dengan suka hati terkedek-kedek berlari kutip.



Kapal Terbang kertas



Jom sama-sama buat kapal terbang kertas








Friday, April 27, 2012

Beriani Kapitan

Mula-mula ingat nak makan mandi rice. Terbayang Restoran Tarbus kat Batu Feringghi. Tapi hujan lah pulak. Malas sungguh rasanya nak meredah hujan. Plan ditukar nak ronda-ronda dulu, ingat nak pi makan nasi kandar beratur. Pukul 10 baru dia buka. Pastu fikir pulak ker nak makan kat Restoran Hameediah.

Sekali ronda-ronda, tingg... teringat jom makan berianilah kat Restoran Kapitan. Beriani kat di sini agak sedap. Bagi selera kami sekeluarga. Mungkin ada yang berbeza pendapat dengan kami. Lain orang lain lah seleranya.

beriani kapitan


Restoran dia dua tingkat. Yang bawah lebih kepada stail restoran mamak. Anee..roti kosong dua
Ok..siaaapppp (kalau pegi kedai mamak asal order je mesti dia cakap siapp)
Yang tingkat atas suasana nya lebih kepada mewah sikit.
Kami pilih bahagian atas, bukan sebab mewah sebab rasanya kalau ada anak kecik atas lebih sesuai kot..
Atas bawah orang penuh. Bergilir tunggu turn
beriani kapitan

Lokasi restoran ni betul-betul depan Masjid Kapitan
beriani kapitan

Beriani siappp...La Coperra Beriani Chiken..Wallahhhh...
Datang dalam periuk tembaga, bersama dengan ayam yang banyak
Mula-mula korang akan rasa, eleehhh sikit jer nasi dia
Harga dia RM10.50. Kalau beriani kosong (nasi) RM4
beriani kapitan

Sekali tada...banyak. Makan mesti pakai tangan yer, baru mabelessss..yummy..
Sehingga menjilat jari
beriani kapitan

Ini budak nak makan roti, roti canai kosong banjir yer.....
Asal ayah Azim yang nak makan, dah dia berebut nak makan juga so bagi jer lah dia makan
Roti canai kosong RM 1, teh O panas RM 1
beriani kapitan

Lain-lain menu yang famous di sini. Ada roti nan, kebab dan pita.
Korang boleh imagine kot segala menu yang ada kat kedai mamak
beriani kapitan

Jadi nanti bila-bila korang datang Penang, boleh singgah makan sini yer. Harga boleh tahan. Tak mahal sangat lah.






Wednesday, April 25, 2012

Bukit Bendera (Penang Hill)

Dari 24 hingga 28 April 2012 kami berada di Penang. Sehari dua ni harusla entry berlegar-legar sekitar Penang. Korang jangan boring pulak yer.

Kami ke Bukit Bendera untuk mencuba keretapi yang baru dan cepat (macam selalu ke sana). Train tu memang agak laju. Lebih selesa. Cuma segelintir sikap orang tempatan (pasangan tengah bercinta) yang macam tak peka dengan orang tua-tua, ibu mengandung dan kanak-kanak buat situasi macam kurang selesa sikit. Sedangkan pelancong asing pulak yang lebih berhemah.


bukit bendera
Tiket RM 8 (dewasa) RM 4 (kanak-kanak)
Bawah 2 tahun percuma


Bukit Bendera (Penang Hill)
Pintu masuk

Bukit Bendera (Penang Hill)
Train baru

Bukit Bendera (Penang Hill)
Selamat datang

Bukit Bendera (Penang Hill)
Pemandangan di atas Bukit Bendera

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera (Penang Hill)
Rumah-rumah yang kat atas sana rekebentuk dia sama seperti rekebentuk di Bukit Fraser dan Cameron Highland

Bukit Bendera (Penang Hill)
Peti surat tinggalan Ratu Victoria

Bukit Bendera (Penang Hill)
Sewa buggy RM 30. Uncle tu cukup baik dan banyak bagi penerangan sepanjang pusing-pusing atas sana

Bukit Bendera (Penang Hill)
Dah penat jalan-jalan mesti laparkan. Singgah food court. Pilihan tak banyak sangat dan harga emmm.. agak mahal sikit lahh
Nasi goreng biasa RM 5, ABC RM 3.50, teh o limau RM1.50, nugget goreng RM 2 secucuk

Bukit Bendera (Penang Hill)
Kalau nak makan western food pun ada

Bukit Bendera (Penang Hill)
Dah nak balik dah. Nanti kita datang lagi







Monday, April 23, 2012

Suka tengok kartun?

Korang suka tengok kartun tak? Aku memang dari kecik jenis tak layan kartun sangat. Tapi aku suka layan disney movie. Hehehe... Sampai sekarang ni pun aku layan disney movie. Tapi sekarang ni rasanya tv kat rumah ni banyak duk pasang kartun saja. Lagi dan lagi dan lagi.

Kalau pasal kartun memang tak boleh nak kata apalah. Sebab bigboss dalam rumah ni memang kaki layan kartun dan komik. Aku hanya tau Naruto yang lain-lain aku tak tau nama apa dah. Kalau Naruto ni. Komik bercetak ada, yang di download ada, yang dalam bentuk animasi pun ada. Aku pernah tanya benda yang sama tapi kenapa nak ada dalam macam-macam medium?Jawapannya feeling dia lain-lain. Ok ai faham.


naruto
Korang tengok Naruto tak?



Kalau dengan Si Ayah, aku boleh berdiplomasi lagi. Boleh pujuk-pujuk lagi. Kalau dengan Azim. Alamatnya, aku lah yang banyak mengalah. Banyak kot kartun yang dia layan. Kalau dia layan dengan kami semua kena layan sekali. Kena menyanyi bersama-sama. Kami dah hafal kot lagu tema boboi boy, upin ipin, disney clubhouse dan wonder pets. Jom kita nyanyi sama-sama.

Kring! Kring!
Telefon, telefon berbunyi
Telefon, kami datang
Telefon..telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya di sana

Apa yang penting kerja sama
Apa yang penting kerja sama

Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

wonder pets
Cute kan suara wonder pets



boboi boy
Dan super hero kita boboi boy



Choo choo choo choo train. Mickey mouse clubhouse
Kalau mickey mouse aku suka tengok sebb dia berwarna-warni


Upin & Ipin aku suka sebab banyak moral story dalam setiap setiap cerita

Tapi kami tetap kawal jumlah masa untuk dia tengok tv dan layan semua kartun-kartun kesukaan dia tu.










Saturday, April 21, 2012

Sarapan Di Mana?

Korang sarapan di mana pagi ni? Pada yang berada di sekitar dan berdekatan Alor Setar jom kita bersarapan di Kopitiam di bekas tapak stesyen bas lama Alor Setar bersebelahan Bangunan Ukir. Berdepan dengan Wisma PKNK.

Sang suria berselindung disebalik bangunan (hehehehe)

Mungkin ada di antara korang yang dah pernah sampai sini. Tapi bagi aku inilah kali pertama. Duk dengaq orang cerita ja. Kebetulan semalam saja jer ronda-ronda cari makan breakfast kat luar. Fikir punya fikir so kami decide untuk makan kat sini.


Tempat dia memang luas. Ruangan parking pun banyak. Tapi kalau hari bekerja tu mungkin parking kurang sikit. Sebelum ni kopitiam ni dibuka kat tapak Sekolah Convent lama yang dekat dengan Menara Alor Setar.

Kalau pasal pilihan makanan memang cukup banyak. Cakap jer apa yang korang nak makan boleh dikatakan kebanyakan menu kegemaran ramai ada sini. Ada dalam 30 gerai jugaklah. Selera melayu, cina, india, selera utara, barat dan timur. Yang aku terkejut tu ada jual pasembor, popia dan Mee Abu di pagi hari. Mee Abu ni kalau korang nak tau cukup femesla untuk orang sekitar bandar Alor Setar ni. Kena pulak haritu keluar surat khabar kata Yang Dipertuan Agong suka makan Mee Abu lagi lah bagi tumpuan nak cuba Mee Abu. Mee Abu ni yang best stail dia goreng satu-satu pinggan. Tapi lama sikitla kena tunggu.

Sampai-sampai jer tengok orang dah ramai

Ada Unan Roti John. Katanya resepi yang sama dengan roti john kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Pada pandangan dan selera aku, aku rasa yang di Alor Setar ni sedap lagi. Tapi kalau kat Taman Warisan Pertanian tu orang dia memang beratur panjang terutama masa bulan puasa. En. Asben selalu buat tak layan kalau aku pesan roti john Taman Warisan Pertanian. Kalau tak salah kat pasar malam Taman Sri Gombak pun ada cawangannya

Inilah rupa roti john Unan tu. Rasa dia mebeles. Sos letak tepi sebab Azim boleh makan sekali. Saiz kecil RM2.50 dan saiz besar RM3.50

Ini pun best jugak. Jemput-jemput pisang a.k.a cucoq kodok
12 biji RM 1. Boleh katakan setiap meja mesti beli cucoq kodok. Kami pun dua kali beli juga

Roti Canai. Menu yang di mana-mana pun ada. Cuma bezanya sedap atau tak jer. Kami tak beli roti canai. Gambar ni ambik kat meja orang sebelah. Hehehehe

Cucur udang RM2

Mee kari RM3.50

Roti jala pun ada

Air kami teh tarik, milo ais dan air kosong. Harga semua RM3.80

Ada 4-5 gerai yang buka pada waktu tengahari hingga malam. Gerai mee udang, nasi arab, western food dengan tom yam dan menu goreng-goreng





Thursday, April 19, 2012

Menyingkap Sejarah Lebuhraya

Dulu boleh kata hari-hari menjadi pengguna lebuhraya. Sama ada guna touch and go atau pun tunai. Mana lorong yang nampak clear situlah aku masuk. Kalau pengalaman aku guna LDP masuk dari exit Sri Damansara (RM1.60) dan keluar exit Puchong/Putrajaya (RM1.60) baik guna cash. Lorong cash jarang ada orang guna. Kalau touch and go panjang beraturnya. Tu kalau nak jimat sikit. Kalau terbabas tido, terbangun lambat alamatnya guna penchala link (lebih dari RM 5). Zass kejap jer sampai tapi duitnya pun cepatlah keluar. Ini laluan kecemasan jer. Setiap bulan pasti kena masuk budget untuk tol. Sekarang dah tak lagi. Tapi kadang-kadang aku rindu juga dengan jem di atas highway ni. Sekarang ni aku tinggal jer dekat dengan highway tapi jarang dah guna highway. Guna pun kalau nak balik kampung En. Asben kat Penang.

Walaupun kita rasa kadang-kadang bayaran dikenakan agak mahal tapi mungkin kerana faktor masa agak berbaloi menggunakan lebuhraya atau highway ni. Macam mana agaknyer timbul idea nak bina lebuhraya kat Malaysia ni.

SEJARAH pembinaan jalan raya negara (kredit untuk Utusan Malaysia) bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.

Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.

Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.

Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.

Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.

Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.

Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.

Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.

Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.

Jalan Gasing dan Jalan Universiti
Landmark sekarang ni PPUM dan KWSP


Federal Highway memang selalu sesak

Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.

Lebuhraya Utara Selatan
Dulu kalau nampak signboard ni dah seronok dah


Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.

Lebuhraya Slim River - Tanjung Malim

Sekarang ni dah makin banyak lebuhraya dibina. Kalau tak salah dah 38 lebuhraya terdapat di Malaysia ni. Nak tahu detai senarai lebuhraya sila klik sini




Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Trend Hantaran Perkahwinan Masa Kini

Bila sebut pasal urusan kenduri kawin ni. Yang mendengar seronok. Yang perempuan pun mesti seronok. Bila dah rancang nak bertunang tu jangan tipulah mesti dalam kepala duk fikir apa tema nak buat untuk majlis pertunangan dan apa tema untuk majlis perkahwinan. Fikir pasal hantaran.

Enam tahun dulu aku kawin, rasanya walaupun kos dah makin meningkat masa tu tapi trend-trend untuk tema majlis ni tak berapa ditekankan sangat. Cuma yang difikirkan warna tema. Takut pun ada bila fikir pasal belanja perkahwinan sekarang. Mesti yang lebih tertekan pihak lelaki lah kan.

Semalam tertengok Wanita Hari Ini bincang pasal isu trend hantaran masa kini. Sekarang ni kebanyakkan trend gubahan adalah jenis yang grand-grand dan mewah-mewah. Bila tengok-tengok bentuk hantaran masa kini terfikir juga aku berapa RM agak-agaknya yang perlu kita ada. Kita yang tengok pun teruja. Hehehehe.

Dalam rancangan Wanita Hari Ini tu, perancang perkahwinan terkenal Pak Abu kata sekarang ni gubahan hantaran dah makin kurang seninya. Trend sekarang ialah masuk dan sumbat manakala hantaran pada masa dulu adalah jenis susun dan atur. Hantaran pada masa dulu lebih seni, manakala hantaran pada masa kini lebih kepada simple dan elegent. Dulu kalau buat hantaran saja makan masa berbulan-bulan. Bunga di hasilkan sendiri. Sekarang kita banyak pakai bunga plastik ataupun bunga segar.

Contoh hantaran 10 tahun lepas


Contoh Hantaran Trend Terkini - Lisa & Yusri


Apa-apapun pilihan kita, jangan sampai membebankan. Semua orang mesti nak buat yang terbaik untuk majlis perkahwinan masing-masing.

Apasal aku tetiba sembang pasal urusan perkahwinan ni. Sebabnya Pakngah Azim ni dah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga awal tahun depan. Semua masih bersuspen dan berdebar-debar sebabnya Pakngah Azim cuma menyatakan dia nak kawin tahun depan dan siapa calonnya. Lepas tu dia suruh tunggu nanti dia bagitau tarikh yang sesuai untuk meminang. Pak Ngah Azim ni jenis yang simple dan agak berjimat cermat. Jadi agak-agak macam mana perancangan perkahwinan dia nanti yer?