Rasanya kami antara yang terlambat membeli rumah sendiri. Umur dah masuk 31 tahun baru dalam proses permulaan pembelian rumah, berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Semasa tinggal di Kepong dan Petaling Jaya dulu bukan tak ada niat nak membeli rumah cuma hati menyimpan harapan untuk pulang menetap di kampung halaman sendiri. Ada kawan yang ajak beli rumah sama-sama dekat area Batu Caves dan area Petaling Jaya. Tapi masa tu hati berbelah bagi, tapi dah berbincang dengan Mr. Hubby kalau hujung tahun 2011 tak dapat juga bertukar balik ke kampung halaman seperti yang kami rancangkan maka kami akan fikirkan untuk membeli rumah. Pilihan kami ketika itu mungkin area Puchong, sebab lokasi tengah-tengah antara tempat kerja aku dan Mr. Hubby. Tapi aku rasa dia lagi dekat sebab menghala ke Putrajaya kurang kesesakkan jalanraya. Tak kisahlah asalkan tempat tinggal lebih selesa dan salah seorang dari kami dekat dengan tempat jagaan Azim.
Sekarang kami dah pindah balik ke kampung. Dalam masa 3 bulan ni kami tinggal bersama-sama parents aku. Balik jer kami terus cari rumah untuk di beli. Kami dah biasa berdiri di atas kaki sendiri rasa tak selesa untuk bergantung dengan orang tua. Kami takut kami membebankan. Cuma cabaran awal ialah sukarnya nak cari rumah yang hendak dijual di kawasan Bandar DarulAman ni. Aku lebih gemarkan rumah jenis setingkat, dengan anak yang nak membesar ni akau rasa rumah jenis setingkat lebih sesuai. Rumah kat Jitra ni boleh tahan harganya. Korang kalau nak tahu kat Jitra ni sekarang boleh katakan semua jenis 2 tingkat. Harga pun boleh tahan. Nilai hartanah di sini boleh tahan. Susah sangat nak jumpa rumah bawah 100K. Mahal-mahal pun sold out. Haihh...pening juga aku fikir. Usha punya usha ada rumah setingkat kat satu taman dengan rumah parents aku ni tapi bukaan tanah halaman ciput sangat. Tak lepas untuk masuk 2 kereta.
Cari punya cari nasib baikla terjumpa iklan rumah untuk dijual. Rumah teres setingkat. Tapi ni kawasan perumahan lama. Yang untungnya bukaan tanah agak besar. Lokasi strategik sebab di sini permintaan tinggi sebab dekat dengan Politeknik, Institut perguruan, sekolah dan kilang. Yang paling utama 5 minit jer nak ke rumah parents aku. Fikir punya fikir, jadi kami buat keputusan nak membeli. Harga alhamdulillah. Tak sangka boleh dapat rumah dalam nilai tu. Sekarang ni tengah dalam proses pembelian. Dalam proses untuk permohonan pinjaman perumahan. S & P dah tandantangan. Sekarang ni tengah berkawan baik dengan Tuan Lawyar la..Hahaha..Jumaat jer mesti ada date kat legal firm tu. Banyak betul proses nyer kan. Yang paling utama banyak nak pakai duit. So, peringatan kepada diri sendiri, silalah menabung. Kurangkan jalan-jalan dan shopping.
Nak dapatkan sebuah rumah ni memang memerlukan modal yang banyak.
- mula-mula saja dah kena fikir pasal deposit (walaupun apply government loan, tapi kena dahulukan duit sendiri bila loan dah release baru dapat balik duit tu)
- bayaran untuk buka fail (buka fail pun ada bayaran - dulu aku nak jadi lawyer mak aku tak bagi kalau tak sekarang aku urus sendiri..kihkihkih)
- bayaran untuk S & P lagi
- bayaran untuk valuation (nilaian) - yang ni nasib baik tuan rumah dah buat. Lega kalau dah mau seribu dua juga tu.
- bayaran guaman (legal fees) - awal-awal aku dah tanya Tuan Lawyer tu anggaran yang aku kena bayar, memudahkan kami buat budget. sebab pengalaman aku pernah keja kat legal firm ni anggaran legal fees antara 5 % hingga 10% dari harga rumah.
- peruntukan untuk ubahsuai rumah (renovation) lagi - bukan berselera besar. cuma tambah sikit-sikit untuk memberi lebih keselesaan kepada kami terutama Azim.
- perabot dalam rumah - nasib baik dah beli sikit-sikit dulu. so pakai balik jer yang lama dan tambah apa yang patut sikit-sikit.
Doakan semuanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga yer. Excited juga nak ada rumah sendiri nih. Tapi kena bersabar sebab baru dalam proses pembelian. Kalau dah betul-betul dah tukar nama baru boleh excited. Baru nak fikir nak renovate macam mana, nak cat kaler apa dan nak hias rumah macam mana. Tapi kami suami isteri bersependapat hiasan rumah simple dan kemas. Ini memudahkan pergerakan kami dan Azim terutamanya. Nanti dah pindah sana kena la pulak fikir pasal kejiranan. So far, yang kami tengok okla, tapi nanti dah lama duk situ mungkin boleh mengesan internet bergerak dan ahli mesyuarat tingkat. Tapi bab tu aku malas nak ambik pot sangat. Cara kami dari dulu, be nice to neighbour (senyum-senyum, tegur-tegur sikit, kalau ada gotong-royong join, kalau ada orang panggil kenduri pergi). Gosip-gosip I dont like. Kalau ambik tau sangat pasal gosip jiran tetangga ni silap haribulan kita pulak jadi bahan gosip. Sebelah rumah di sewakan kepada pelajar Politeknik. Tapi kami sempat berborak dengan owner dia (staff politeknik juga) masa duk tengah survey rumah haritu.
Kami memang memilih untuk membeli rumah kos sederhana sahaja sebab kami merancang untuk menetap di kampung halaman datuk nenek aku kat Sungai Petani bila dah tua nanti. aku suka sangat suasana di situ, sekeliling ada saudara-mara yang close each other, ada sawah bendang. Suasana pagi cukup tenang dan damai. Aku ada suarakan keinginan untuk menetap di Sungai Petani, terus mak saudara aku sarankan supaya duduk saja rumah tok. InsyaAllah kalau dah selesai hal rumah yang nak beli sekarang ni, mungkin aku nak duduk berbincang dengan mak dan mak lang. Aku nak tanya kalau-kalau boleh aku nak beli rumah tu. Rumah tok tu sangat berharga untuk aku. Rumah tu melambangkan nilai kasih sayang. Mr. Hubby pulak suka sebab environment dan kejiranan yang best. Bila cakap pasal rumah tu pasti aku sebak. Rindu sangat dengan Tok dan Wan. Al-Fatihah. Kawan-kawan doakan semoga cita-cita dan impian kami tercapai yer.
Aku belum boleh bayangkan perasaan memiliki rumah sendiri.
1 comments:
wah bestnya dh nk beli rumah..... semoga berjalan lancar semuanya..... nnti boleh la p singgah rumah baru yer...hehe
Post a Comment