Wednesday, June 30, 2010

Apsal jadi cam ni????

Aku dengan penuh semangat nak blogwalking pagi ni... tapi malang sekali aku x dpt berbuat demikian...
ni mesti kijer amal network team ni blok instant message, hampessss .. siap korang jap lagi

kalau aku jln2 kat blog korang ... shout box@cbox korang mesti jadi cam ni..x leh nak tinggalkan jejak....

Photobucket why

Apa la nasib blog aku nihhh huhuhuhu






Thursday, June 24, 2010

Percuma...EnfaGrow A+

huhuhu semalam aku dpt sampel dari MeadJohson


 sample enfagrow A+ mead johnson




Aku pon tak ingat bila aku isi borang utk sample ni.... susu enfagrow A+ trail pack , 3 paket semuanya..

percuma Sample enfagrow A= Mead johnson



Bleh laa Azim cuba sesuai @ tak... sbb azim dah nak setahun .... Kalau sesuai bleh la terus beli hujung minggu ni... lagi pon ayah Azim dah gaji. hehehehee

Wednesday, June 23, 2010

Kapal Rachel Corrie

Aku rasa semua org dah tahu cerita ni..... Aku cuma nak kongsi jer ....
Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...

 kapal Rachel Corrie,Rachel Corrie ship
Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....








Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.
Kapal itu dinamakan
Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


<br />Rachel Aliene Corrie






Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).






Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.


Sebelum dilanggar






Selepas dilanggar






Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.












Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.





Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.






Saturday, June 19, 2010

Pemilik Bersama - Selamat Pengantin Baru

Seminggu dua ni banyak betul majlis perkahwinan berlangsung. Kat area rumah aku ni boleh kata setiap hari ada kenduri. Kalau hujung minggu lagi la ramai. Hujung minggu ni lagi la banyak majlis perkahwinan berlangsung maklumla cuti sekolah dah abis. Ada satu jemputan kahwin yang tak dapat aku hadiri. Kenduri sebelah perempuan kami tak dapat hadiri sebab time tu kitaorg kat Kedah. Dah bila time kenduri sebelah lelaki pulak adik aku konvo. So untuk DD dan firdaus, juga kepada semua pengantin selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Ada satu poem yang tetiba menarik minat aku di pagi sabtu ini.

Wedding Poem - Yesterday, Today And Tomorrow
by Kit McCallum

Cherished are the memories that
Brought us to this day,
For yesterday, was just a dream ...
A wish to contemplate.

A fantasy where in my mind,
A fleeting glimpse I'd see ...
A vision of the true desires
I longed for endlessly.

And when I dreamed, I did not know
The love I'd feel today;
The height of my true feelings,
And the depths they would portray.

And if I had one wish today,
A simple wish t'would be ...
Is that the love we feel this moment,
Lasts eternally.

Reality has merged now
As you stand here by my side;
And as I join your hand in mine,
My heart does fill with pride.

For as I pledge my love to you,
I see in many ways,
Reflections of my love for you
Are mirrored in your gaze.

And by our presence here today,
And for the love we share,
I thank you for our yesterdays
That brought us to be here.

But more than this, I vow to you,
My wishes yet to come ...
Tomorrow's dreams and fantasies,
This day that we are one.

Tomorrow's an adventure
That we'll share together now;
Our future's intertwined forever,
Through this holy vow.

I promise to remember
In the future years and days,
The love I feel for you this moment ...
... Dreams fulfilled today.

For in the coming years as we
Move on, and reminisce,
Back to the day I stood with you
And promised with a kiss ...

That blessed are the days that
I have looked into your eyes,
And felt the warmth and love reflect,
The essence of our lives.

*****

Yesterday we dreamed of what might be;
Today we validate our love;
And tomorrow we will cherish the life we have shared as one.

Thursday, June 17, 2010

Bulan Rejab

BULAN REJAB kembali lagi ..maknanya tidak lama lagi nak puasa, jadi kita bleh la praktis puasa..disamping mendapat kelebihan bulan ini...

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

-Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
-Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
-Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
-Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
-Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
-Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
-Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
-Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
-Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
-Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
-Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
-Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
-Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
-Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
-Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
-Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
-Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
-Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

This entry was posted in

Tuesday, June 15, 2010

SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA !??

hand peace symbol lambang peace




Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang



peace symbol

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Britain).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


satan cruch  Gereja Syaitan


Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.


yaseer arafat world leader

Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM


Monday, June 14, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Pemilik Bersama: Minggu Yang Tak Best Tapi Best

Hmm...sorry yer kenkawan sebab dah lama tak der entry baru dan jarang berblogwalking. Satunyer kerana internet tak bagus. Yang keduanyer sibuk dengan keja. Kadang-kadang bosan pun ada bila kerja kita bos macam tak hargai. Aku pelik la bos aku ni...hati dan perasaan staff langsung tak dijaga. Kekadang aku terfikir nak jd bos kena kejam ker? Bukan la nak kata aku bagus atau hebat sangat. Tp yang aku rasa sekarang tahap kesabaran aku makin menipis dan kadang2 aku jadi tak der mood nak cakap dengan bos..Hehehe mcm ler bos kisah sangat aku tak cakap dgn dia. Asyik2 cakap pasal performance..pasal dateline. Tp ada tak dia kaji apa faktor yang menyumbang kepada tahap pencapai yg agak rendah. Yang dia tahu cakap kitaorg ni lambat...(bos cakap tak bleh sebut shortmanpower tp kena cakap slow...hello bos! bosan la tgk ko dok bodek orang atasan).
Aku nak jumpa..nak ajak meeting pasal performance, dia suh aku compilekan jer masalah tu. Pastu suh emailkan kat dia..kalau nak jumpa juga kena email dulu apa tujuan nak jumpa dan nyatakan isu yg kita nak cakap (sekali lg aku rasa mcm nak cakap..eh..hello..ko ingat ko perdana menteri ker..kat opis ni aku rasa nak jumpa top mgmt lg mudah dari nak jumpa ko la). Dah susah sangat nak jumpa, kitaorg satu unit pun terus batalkan niat nak jumpa. Hampes punya perangai. Itu korang tak tgk lg muka kekwat dier. Skrg ni dia ada hobi baru, bila mana2 staff nak jumpa, time dia rasa tak ok jer, dia akan buat isyarat suh kita keluar dr bilik dia. Aku rasa keadaan bukan bertambah baik. Pasti jd lagi teruk. Tambah plak dgn sistem baru bayaran insentif tuk performance. Bos cubala faham kadang2 duit bukan segala-galanyer..Kalau korang la di tempat aku..bila ada bos yg membatukan diri jer dalam bilik, pastu bila ada complaint terus jer tunding jari staff I memang mcm ni, apa perasaan korang. Apa korang nak buat? Bila macam ni aku terfikir baikla kalau aku adalah pekerja biasa saja. Skrg situasi aku tersepit antara bos dengan anak-anak buah dalam satu team. Errmmm..permasalahan ni tak selesai selagi bos itu masih di situ atau bos masih tak berubah perangai. Mungkin permasalahan selesai jika ada bos lain atau tetiba bos aku jadi insaf dan mula berubah laku. Atau mungkin aku yang tukar keja lain (tp tukar keja lain tu bukan totally pilihan yg bijak, ada pro dan kontra nyer juga). Betul2 tak best situasi macam ni. Tapi nasib baikla kawan2 kat opis baik2. Maklumla kawan senasib.

Dalam menghadapi hari2 yang tak best dalam minggu nih..ada berita yang best juga..hehehe my family dtg rumah aku. Diaorg stay sini selama seminggu. Yabedabedu...Oklah kan dalam menghadapi masa2 tak best ada bestnyer. Mak, ayah &  Mr. Johaimie dtg sini sebab Mr. Johaizal konvo. Azim tak gi rumah pengasuh selama seminggu. Pg td azim mengamuk sakan sebab aku tinggalkan dia. Dia memang macam tu. Sekarang dah pandai buat muka sedih. Kadang2 meragam bila aku g keja. Itula yang pengasuh aku citer dalam minggu nih.

Ok kawan2 semoga esok adalah lebih best dari semlm. Korang pun sama tau. Semoga enjy dan happy2 selalu. Dalam sibuk2 akan juga aku dan Mr. Hubby meluangkan masa berblogwalking melawat kawan2 dan andai berkesempatan akan kami postkan entry baru.

Monday, June 7, 2010

Harap Maaf....

saya minta maaf i'm sorry

kepada pengunjung blog Ini ...saya ingin memohon maaf kerana tidak dpt ber"blogwalking" kerana terdapat gangguan internet... Kesulitan amat dikesali woi network nyer team tido ker,hampes tul

Wednesday, June 2, 2010

Link Exchange mari mari

linkexchange

hu hu hu hu.... pada kawan2 ... anda semua di alu2 kan utk meletakan link anda disini .....

ini utk memudah saya utk ber"blogwalking" dan menambah kenalan

tapi Jangan Lupa add kembali saya nyer link

http://ell-pmc.blogspot.com/









Tuesday, June 1, 2010

Berhati-hati semasa memandu

hu hu hu .. seronok sgt dapat balik kampung.. rasa lebih bersemangat plak nak dtg kijer...
masa odw nak balik sini .. jln mmg jem teruk... masa kita akan nampak org2 yg penting diri n x sabar... guna laluan kecemasan yg mmg semua maklum akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas ( hu hu hu skemanya ayat )

Sepanjang perjalanan selama 8jam ( kalau hari biasa 51/2 jam @ 6jam ) aku tgk x kurang dari 5 kemalangan .. tapi tiada kematian ... tapi kereta mmg x leh pakai la lepas ni g timbang kilo ( total lost)... aku masih ingat lagi pesan seorang pakcik kat tempat kijer lama aku " walau laju mcm mana pon, tayar depan tetap tayar depan juga " jadi sebagai peringatan utk aku sendiri n rakan2 yg lain berhati2 lah semasa memandu..