Saturday, January 30, 2010

Pemilik Bersama - Happy Weekend

Hai all...Happy Weekend. Tp aku kena keja..Huhu walaupun arini public holiday untuk Thaipusam. Kenapa aku kena kerja sbb alasan mgmt bg standy untuk branches yg keja. Ermmm...Tp okla. Boleh aku sattlekan keja. Sbb arini ramai yg cuti so call tak banyak masuk makna nyer tak ramai yang cari. Kehkehkeh...
Apalah Mr. Hubby & My Little Hero buat kat rumah. Rindula kat diaorg. Rindu kat ibu tak azim? Hehehe..

Td siapkan breakfast jer untuk Mr. Hubby. Sebab arini balik kul 12.30pm. So dah plan lepas zohor nak keluar lunch together2. Pastu nak g sale Yeos. Huhuhu..event yg dinanti Mr. Hubby sebab boleh borong air. Pastu ingat nak g shopping Azim stuff dab brg keperluan rumah. Ingat nak beli bantal baru utk Azim. Plan nak g area Wangsa Maju. Banyak la nak beli minggu ni sbb plan on Chinesse New Year nak balik kg. So brg2 keperluan nak kena sattle minggu ni, minggu depan nak kena kemas brg2. So dah tak kelam kabut. Terpikir plak apa nak beli buah tangan untuk keluarga kat kg. Apayer? Any idea? Sebab tu la salah satu sebab kitaorg g sales Yeos tu. Boleh beli bawa balik kg bg kat saudara mara. Sekali-sekali balik maaa...Yela malu gak aku kalau mak ngan ayah mai rumah kami boleh kata semua yg ada kat Jitra dia bawa. Aku tau mak & ayah tak harap apa2, cuma harapkan kami sekeluarga balik. Semua org tua2 mcm tu. Ingatan tu penting dari harta benda & wang ringgit.

Hati berbunga-bunga bila fikir pasal balik kg. Huhhh...The best thing is gathering with family & friends. Tak sabar..




Friday, January 29, 2010

Pemilik Bersama - Azim Belajar Tentang Hujan

Lupa nak citer. Dua minggu lepas Azim belajar pasal hujan.Masa tu Azim ikut ayah jumpa Pak Cik Pozie (ayah best friend). Kali ni pakcik Pozie mai dengan family dia. Pak Cik Pozie dah nak balik Penang (Balik Pulau). Pak cik Pozie tak panggil Azim tp panggil Ali (Aly). Hehehe…Macam tok wan panggil Azmi…Mat Ali. Tok panggil Muhammad.

Hari ni pertama kali Azim tengok hujan. Teruja sungguh anak ibu tengok hujan. Bunyi hujan satu tarikan buat Azim. Tapi sayang tak dapat nak ambik gambar sebab dalam kereta, masa tu pulak jalan sesak.

Sambil tengok hujan, ibu nyanyi lagu.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goyang
Tanya sama angin apa sebab hujan
Nanti jawab angin tanyala awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang2
Campak satu batu bayang pun hilang



Seronoknya tengok Azim tersengih-sengih. Sambil menjerit-jerit kecil. Azim tak faham pun apa aku cakap kat dia. Tp salah satu kaedah pembelajaran untuk bayi dan kanak-kanak ialah ibu bapa banyak bercakap dan bersembang-sembang dengan mereka. Aku dan Mr. Hubby memang banyak bercakap dengan Azim. Walaupun dia belum faham, kitaorg cuba bercakap-cakap dan bersembang-sembang dengan Azim. Selalunya Azim akan respond balik. Itu yang paling best. Setiap benda kitaorg akan tunjuk, cerita dan bagi dia rasa dengan tangan. Buat berulang-ulang.




Wednesday, January 27, 2010

Perlu kahh

Hari ni ada vendor dtg buat POC testing utk printer & projektor, selalunya vendor ni akan ckp produk mereka adalah yang terbaik ,ok aku tak kisah semua tu.. yang aku hairan pasal sales aje-kutip (esekutif).. kebanyakkan yang datang semua pakai x senonoh. masuk kali ni dah 4-5 kali vendor yg dtg semua cam tu .. adakah perlu utk pakai cam ni ??? @ memang prosuder syarikat kena pakai cam ni utk tarik pembeli .... yang aku sedihnya semua tu bangsa aku..




Monday, January 25, 2010

Aku rinduuuuu

Aku rindu kat kg aku.. lambat lagi nak balik kg..kg aku dah banyak berubah sejak aku dtg kijer kat KL. Byk sgt perubahan dia, smpi kadang2 aku x perasan yg itu kg aku. Aku rindu kat kwn2 sekolah, teringat masa buat aktiviti mandi sungai ponteng puasa..dn mcm2 lagi aku rindu nak naik Feri.. dah lama aku tak naik feri dekat 3 thn rasanya .. aku rindu kat abah aku... sian abah aku tinggal sensorang kat kg... tapi itu laaa diaa abah aku.. x mau susah kan org lain ..dia lebih suka tinggal sensorang... sejak mak aku dah x der ... dia x nak tinggal ngan abg aku @ aku apa bleh buat.. apa yg aku harapkan ..abah sentiasa sihat utk meneruskan hari2 yg akan dtg...



Friday, January 22, 2010

Pemilik Bersama - Mak Ayah Dah Pandai Tengok Blog & Facebook

Semalam balik dari keja call mak. Macam biasala tanya mak buat pa? Tau apa mak jawab? Mak tengok gambaq azim. Aku pun okla. Pastu mak habaq, ni dok tengok gambaq azim dalam blog. Mak ngan ayah tengok blog? Wahhh...satu perkembangan menarik. Best..best..syoknyer. Nanti senangla kalau nak tunjuk gambar ker, apa ker. Bleh habaq kat mak..mak tengokla gambaq baru dalam blog. Kalau mak tau tengok blog mesti mak tengok Facebook juga. Hehehehe. Yelah mana boleh mak ngan ayah ketinggalan kan. Kawan2 ramai yg tau dan bercakap pasal FB dan blog. Mak ngan ayah pun selalu tengok kami duk mengadap FB ngan blog ni. Blog kitaorg pun kawan ayah yang habaq. Kehkehkeh...

Ni tak lain dan tak bukan cikgu dia ialah Mr. Johaimie. Mr. Johaimie la yang dok ajaq pasai blog dan FB ni..This is our youngers brother. La ni duk tunggu result SPM. Ni juga merangkap penyelenggara website & blog ayah. Ni merangkap PA ayah la. Adik adik sambung belajaq rekemen la kak jd PA ayah tau. Gaji boleh dirunding.

Learning is acquiring new knowledge, behaviors, skills, values, preferences or understanding, and may involve synthesizing different types of information - source wikipedia




Thursday, January 21, 2010

Pemilik bersama - Anak Ibu Suka Mandi

Azim tak ada masalah untuk mandi. Sejak dalam pantang Azim di ajar mandi 2 kali sehari. Aku mula mandikan Azim sendiri masa umur dia 1 bulan. Sebelum ni dengan bantuan mak atau mak cik liza (mak best friend). Terima kasih banyak-banyak untuk makcik liza yang setiap pagi tolong mandikan Azim bila mak pegi kerja.

Bila aku nak mula bekerja. Aku awalkan sikit waktu mandi Azim. Waktu tu pun aku fikir sesuai dengan waktu Azim nak tido. Dalam pukul 8 pagi aku dah mandikan Azim. Selepas tu awalkan sikit kepada pukul 7.30 pagi. Sekarang Azim mandi dalam pukul 7 pagi. Setiap pagi aku & Mr. Hubby yang mandikan Azim bersama-sama. Lepas siap-siap kan dia comel-comel baru hantar gi rumah pengasuh. Bukan pengasuh tak nak bagi mandi tp ini yang aku dan Mr. Hubby dah setuju bersama. Azim anak kita jadi sebolehnya setiap perkara penting dalam hidup dia mesti bermula dari kita di rumah. Tapi petang pengasuh minta kebenaran nak mandikan Azim. Lagipun Azim dah biasa antara pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Masa tu tengah tido pun dia mesti akan terbangun sendiri. Pastu merengek-rengek. Bila mandikan dia, dah tukar pakaian. Pakai bedak, muka Azim sentiasa berbedak (ini tok yang ajar, tok kata tak pakai bedak tak comey, nampak comot). Dah siap bagi minum susu Azim akan tido balik. Tapi dia pun dah pandai pukul 6.30 petang bangun balik sebab time ni ayah dia nak datang ambik.

mandi manda

dalam besen

Sekarang nampak jer tempat mandi, Azim dah jadi girang. Aku basuhkan dulu kaki dia sebelum masukkan dia dalam tempat mandi. Azim sekarang dah pandai main tepuk-tepuk air. Sambil mandikan Azim, aku akan bacakan doa untuk dia, sambil aku cuci muka dia. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesihatan yang terbaik untuk anak ku, kurniakanla diaa umur yang panjang dan terhindar dari sebarang bencana.

Sambil basahkan kepala Azim aku bacakan doa, Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah Muhammad Aly Azim anak yang beramal soleh, berakhlak mulia, patuh kepada orang tua dan bijaksana. Jadikanla anakku ini insan yang berjaya dan seindah namanya.

Bila malam pun sebelum tido kami bacakan doa yang sama untuk Azim.

Semua ibu bapa mengharapkan kejayaan dan kesempurnaan untuk setiap anak mereka. Macam tu la juga kami.


Tuesday, January 19, 2010

selesai sudah

Arghhhhhhhh......setelah berhempas pulas.. pening pale...hangin satu badan akhirnya siap jugak inventory aku..lebih kurang 2 minggu jugak aku wat mende ni...mende ni bukan susah nak wat dia tp leceh...sbb dia nak kena jumpa user PC (pengguna PC) dan korang semua paham2 la user ni banyak peel dia cerewet.. byk kerenah dia. Lagi sakit pale kena plak makcik2 ermmm sabar jerrr. jap lagi aku nak antar kat penyelia aku.. ok @ tak.. kalau semua berjalan lancar maka selamat laa aku, kalau tak sekali lagi aku kena semak semua rekod inventory, mintak2 la selesai sekali gus...


Sunday, January 17, 2010

Mak Ayah Datang Melawat

Selasa lepas mak call cakap nak datang rumah kitaorg. Itu berita yang paling best. Mak ayah & dikmie. Tp kali ni tak plan nak jalan mana-mana. Diaorg sebenarnya datang nak tengok Azim. Our little hero. Mak macam biasa kalau datang mesti bawa banyak barang. Terutamanya makanan. Ari khamis lepas mak balik dr sekolah siap-siap terus bertolak ke sini. Dalam pukul 9.30 malam jemput diaorg kat Restoran Jejantas R & R sungai buloh. Selalu memang mcm ni ayah akan drive sampai situ so kitaorg akan jemput kat sana. Mr. Hubby pun xcited. Azim best la ramai org duk melayan dia. Kalau mak ayah ada sini sure dik jan pun akan stay kat rumah aku. Best dapat berkumpul dgn family and the best things is makan makanan yang mak masak.
Kitaorang tak de pegi mana2 cuma hari jumaat malam dinner kat bangi kopitiam. Entah pasai apa pun tak tau kali ni service dia tak memberangsangkan. Waiter lupa sebahagian yang kita order. Angin sekejap. Ari sabtu mula2 mak plan nak g Melaka sekali dikjan ada keja. So dibatalkan. So decide arini lunch kat kedai Minang lepas tu g ke subang parade. Semenjak ada si kecik ni semua org xcited tuk beli baju kat Azim. Mcm nak giler rambang mata. Dikjan xcited dengan satu t-shirt adidas. Aku pun minat gak. Mula2 tak nak beli tak sampai 10 langkah aku patah balik beli t-shirt tu. Nampak plak baby t-shirt jersi MU & England. Dah sekali lagi aku hampir2 hilang kawalan. Sib baik Mr. Hubby buat donno jer, dia tak layan aku. Mak pun sama. Emmm...tp dalam hati tetap simpan hasrat tu.

KENNY ROGGERS


Lepas tu lepak2 kat Kenny Rogers, mula2 Azim ok sekali bila makanan dah sampai dia jadi xcited pastu mengamuk sebab satu pun dia tak bleh makan. Azim punya mengamuk geram tengok summer drink tokwan.


@kenny rogers

Ahad depa dah nak balik. Tak puasnya tp tak perla kurang-kurang terubat rindu di hati. Cuti chinesse new year baru kitaorg balik kg.



Thursday, January 14, 2010

Minggu Yang Bz

Minggu ni bz lak aku kena Update Inventory seksa laaa kalau wat mende ni... semua nak kena sama alaaa peningggggg..
minggu ni tak byk la aku nyer entry.... x bleh jln2 kat blog member2



Tuesday, January 12, 2010

Pemilik Bersama - F.R.I.E.N.D part II

Semalam aku rindu kawan-kawan. Tetiba pagi ni ada sorang kawan hantar email. Hehehe... Yang menarik minat aku gambar dia dan kata-kata nyer. Email ni dari bakal pengantin baru Ms. Farah Huda tunang si Hatta. Dua-dua keja kat DKSH. Farah bila DKSH nak buat sale? DKSH kalau buat sale best....







Muhammad Aly Azim - 6 month

Sekejap saja masa berlalu. Dah 6 bulan our little hero. Macam baru sebulan dua masa berlalu. Masih teringat lagi kenangan di HKL. Dah memang takdir tertulis Muhammad Aly Azim dilahirkan di HKL. Ingatkan our little hero boleh jadi orang Kedah. Tapi tak kisahla asalkan semua selamat dan sihat. Alhamdulillah perkembangan dia memberangsangkan. Makin bijak. Dah pandai mengangkat bontot dan bergerak kebelakang. Hehehehe. Seronok sangat tengok perkembangan dia. Makin manja udak uchuk ni. Setiap hari tak sabar nak balik rumah.




Monday, January 11, 2010

Pemilik Bersama - F.R.I.E.N.D

Tetiba pagi ni aku rindu my best friend - Mashitah dan aku rindu kawan2 lama aku (budak2 ASMA, kwn2 UUM & KMKN). Bersama diaorg antara the best moment in my life.

Tini & kak syima, rindu korang juga.

Rindunya masa riang tawa dan suka duka kami bersama.



A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad. ~Arnold H. Glasgow

A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be. ~Douglas Pagels
Friendship isn't a big thing - it's a million little things. ~Author Unknown

A friend is the one who comes in when the whole world has gone out. ~Grace Pulpit

The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had. ~Author


UnknownThe essence of true friendship is to make allowance for another's little lapses. ~David Storey

Friday, January 8, 2010

Aku yang kasihan....

Sedang aku membonceng kenderaan dua tayar kesayangan aku dengan penuh bersemangat nak g kijerrr..tiba2 hujan lebat di tgh jalan... basah skit jer baju aku....
Aku behenti kat Bus Stop pakai laa baju hujan ( mmg sentiasa aku bawak sbb hujan skang ni x menentu) x sampai 20 meter ujan dah berhenti, jadi aku teruskan membonceng.. sampai jer kat opis baju dah basah sebab panas.. maklum la baju hujan aku tu tebal skit.. masuk opis semua org tegur aku ... kat luar x hujan tapi baju aku basahhh...member semua gelakk jer... hampehhhhh ...ape bleh buat..nasib badannn


sad





Wednesday, January 6, 2010

hampehhhhh

hari ni sungguh busan aku dtg kejer.... tenet kat opis aku cam hampehhhh,
kejap2 terputus....arghhhhh bosan beb kalau tenet x der... terasa aku cam dudk kat pulau terpencil lak.......







Tuesday, January 5, 2010

Monday, January 4, 2010